Resipi Terung Bakar Berlado

Terung is one of my favourite sayur. Lantok situ English & Malay aku campur adukkan. Ini bukan exam kan? Hehehe. Usually terung mak selalu masak kari. Terung kari yang terungnya lembik-lembik tu adalah tersangat best. Selalu aje ratah macam tu aje makannya. Tp semalam aku rasa nak masak berlado pulak. Selalunya orang masak berlado ni, terung digoreng dgn minyak tenggelam dulu utk melembikkan dia. Then barulah tumis sambal berlado nya & masukkan terung semula.

Resipi aku nie ada lain sikit. Sebab nak menu yg sihat, maka minyak adalah sangat perlu dikurangkan. Dah ada oven, kite kasi bakor terung dlm tuh. Lets chekidout the recipe...

Terung (dibelah 2 tengahnya secara membujur)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada merah hidup
Ikan bilis
Belacan
Asam jawa
Gula 
Garam

Cara-caranya:-

1. Bakar terung dlm oven pd suhu 160 darjah celcius selama 20 minit. Lama sket bakornya sbb mmg nak dia lembik. Klu masih tak lembik, tambah lagi masanya ok! Bergantung pd saiz terung.

2. Tumis bahan-bahan lain iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lada merah hidup, belacan & ikan bilis. Bahan tu semua ditumbuk. Ikan bilis tu takyah tumbuk hancur sgt. Ala kadar aje.

3. Bila dah tumis, masukkan asam jawa, gula & garam secukupnya.

4. Keluarkan terung dr dlm oven, gaulkan sambal berlado yg dah dimasak td pd terung. Bakar semula dlm oven dlm 15 minit lagi. Hidangkan.

Selamat mencuba!

*ehsan gugel



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat