Semuanya Bermula Dari Anganan

Sana sini nampak banyak plat kereta baru. Jiran sebelah rumah aku pon dah tukar dari pakai Waja ke Avanza. Plat kereta WXD tuwww. Pastu kat taska nampak Exora Bold baru jugak plat WXB. Kat opis ada yang pakai Forte putih plat WXC. Adik habi si Apek pon dah kuor Vios sebijik minggu nie. Baru je keje dlm 4 bulan kowt lepas habis study kt Uitm. Dah pakai Vios dah dia. Untunglah. Aku tanya kat habi. Adakah ini merupakan 1 petunjuk supaya kita pon tukar kereta baru jugak? Habi jawab " takde kena-mengena". Yelahhhhh -.- Sayang sangat dia dgn Myvi dia tuw. 

Bilalah agaknya dapat pakai kereta import yer? Nak jual kereta Kelisa aku, rasa sayang sangat sebab kereta tu tak banyak masalah. Plus si Anje pon pakai kereta tu buat pergi balik kerja. Adakah boleh if jual kereta Kelisa & beli kereta baru? Then Myvi habi tu soh Anje sambung bayor. Lagi 2 tahun lebih jer pon nak habis bayor. Tapi Anje tgh nak kumpul duit. Kesian lak dia klu kena asing dlm RM400 bulan-bulan utk kereta. Plus, bila kita dah settled bayor kereta kan.....rasa malasssssss sangat nak berhutang utk long term lagi. Its time for us to forget about monthly installment for the car & concentrate on something else. 

Dalam kes kami, rumah memang takde dlm agenda utk memilikinya atas nama sendiri. Memang sampai mati kot duduk kat rumah MIL tuh. Rumah tu pon kalau tak silapnya memang dah habis bayor. Hakmilik mutlak MIL. Dia pon lebih suka klu anak menantu duduk rumah tu berbanding nak sewa pd orang luar. At least anak menantu nie memang insyaAllah jaga baik-baik rumah tu macam rumah sendiri. Bagi kat penyewa kita pon tak tawu molek ke tidak diorang jaga kan?

Kalau pon kami suami isteri ada banyak duit gaji bulan-bulan tuw sampai dah tak tawu nak buat ape, boleh jgk beli rumah lain. Tapi as an investment ajelah. Sewakan pd orang lain. Dah seronok duduk rumah skrg nie. Takde sebab nak pindah pon since dekat dgn tempat kerja & tak jauh sgt juga dgn rumah in law. So kalau taknak beli rumah, apakah target kami selepas settled bayar kereta? Entah. Hewheww =P

Saving ajelah kot banyak-banyak. Sbnrnya kan.....PIL ada tanah kebun berdekatan dgn rumah kami tuw. Habi kata dalam 4 ekar gitulah. Dulu kebun tu banyak jugak katanya pokok buah-buahan. Ada durian, cempedak, nangka etc. Tp sebab tak berjaga, dah macam hutan kot kebun tu. Takde sape pon lagi yang nak hirau kat kebun tu. Makin lama makin menghutan lah dia. MIL pernah dulu ckp, bagusnya kalau ada anak-anak yang nak usahakan tanah tu. Yelah, drp dibiarkan menghutan aje kan? Ada eloknya dibersihkan & ditanam apa-apa yg mendatangkan hasil. Berbakti pada tanah satu kerja yang mulia juga. PIL memang dah tak larat lar nak plan apa-apa utk tanah tu. Deme serah kat anak-anak ajelah.

Well, since habi tu anak sulung & rumah kami pon berdekatan dgn kebun, rasanya memang sesuai lah klu kami yang usahakan tanah tu ye dop? MIL pdhal dah hint-hint kami masa cakap dulu tu. Tp kami buat tak paham aje masa tu. He he he. Aku sebenarnya ada jgk minat nak berbakti kt tanah nie. Dulu patotnya masok universiti pertanian amek course pertanian lagi bagos. Haha. It just that nak usahakan tanah nie kena ada modal jugak. Nak panggil bajak bagai utk tolak pokok & ratakan tanah. Nak cari benih pokok yg bagus lagi. Nak jumpa dgn orang pejabat pertanian bagai. Banyak kerja jugak tuw.

InsyaAllah memang aku & habi ada plan nak komersilkan tanah tu. Buat tanam kelapa sawit & hasil pertanian yg lain mcm lada, keledek & sebagainya lah. Cuma nak mulakan tu macam blur-blur. Ingat nanti nak consult dgn Abg Eddy yg keje kat Infra (Institut Kemajuan Desa) if ada gomen punya projek pasal tanah-tanah kebun nie. Cam kita provide tanah, deme bg khidmat nasihat, pinjaman & etc. Aku rasa gomen mmg ada buat projek-projek mcm nie. Cuma kita kena usaha cari ajelah. Esok pegi rumah Kak Ya kat KL dapatlah jumpe dgn Abg Eddy tanya pasal benda nie ^___^

Nanti projek dah berjaya, untung-untung kami laki bini boleh terus berhenti kerja. Bukan aku sorang aje =P Maklom lar income masa tu dah RM30k sebulan. Hahahha. Jaoh benor berangannya. Ate semua cita-cita bermula drp anganan la dulu kan? ^___^

InsyaAllah....dimana ada usaha, adalah nanti rezekinya. So, korang rasa boleh tak aku berhenti kerja tahun depan gini? He he he...










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat