Sneak Peek : Raya House


OK. Tak boleh reveal banyak-banyak sangat deco raya utk rumah aku tahun nie. Nanti korang datang beraya dah tak surprise pulak. Kehkehhh. Apa yang baru kat dalam gambar diatas cuma langsir & pasu bunga. Setelah penat memerah otak ape nak letak kt situ dgn bajet yg ciput, hasilnya adalah pasu & bunga-bungaan simple itu. Memang kena carik pasu & bunga tinggi supaya ruang nampak penuh dan tak terlalu kosong.

Nampak giraffe & kerusi princess tuw? Haa...itu ajelah khazanah Naurah yg aku tinggalkan untuk dia. Untong aku tak humban sekali masuk dalam stor. Hahahaha. Memang kena kijam bab nie pasal budak tu kalau dia nampak all her toys, harapan lar nak tengok rumah tu dgn rupa semenggah. So sebelum aku naik hantu, baik aku nyorokkan semuanya. Syukur jugak dia tak bertanya mana hilangnya meja IKEA & sebakul toys nya tuh. Ala...dia pon tawu aku humban dlm stor semuanya. So aku andaikan dia dah besar & tak kisah pon takde toys utk dibuat main. Bila ada, dia main. Bila dah takde, dia pon tak amek port. Good girl =)

Dengan menukar langsir & carpet saja, memang dah rasa lain feeling living room nie. Carpet aku bagi korang tengok hujung sipi tu aje. Nampak? Tak nampak sila check mata anda. Haha. Sofa. Is it necessary to buy a new one? Kalau ikot napsu buta aku, mmg nak aje tukar sofa yg lebih gah. Tp sbb aku taknak kena sekeh kepala dgn habi berkali-kali, maka aku pendamkan aje hasrat murni aku tuw. Hehehe. Tak sabar aku nak tunggu Naurah jahanamkan sofa tu spy aku blh beli sofa baru. Cita-cita apekah ini? @__@

Sebelah dalam rumah mmg boleh kata agak puas hati jugaklah. Tapi bab kat luar bahagian porch kereta tu memang rasa hambar aje nengoknyer. Dengan masih tak bercatnya lagi. Lumut hitam bertepek kesan drp air hujan tuh. Alangkah bestnya kalau dapat pasang tiles penuh kat porch kereta tuh. Hurm...boleh dijadikan misi utk tahun depan kowt. Moga murah rezeki lar kami. Amin. Cat nak beli jugak tp entah bila dpt mengecatnya ntah. Ada kang yg malam2 pasang lampu cat rumah nie. Hahaha....



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat