Syaksyukka Versi Melayu


Entah layak dipanggil Syaksyukka entahkan tidak. Tapi lauk berasaskan telur & minced meat/daging cincang nie di inspirasikan dari dish Syaksyukka yang berasal dr tanah arab kalau tak silapnya. Resipi asal boleh tengok di sini. Sorrylah for those yg tak boleh access facebook yer. Kalau rajin boleh carik resipi kat blog ini yer. Selamat menggodek hehe...

Ada 2 ingredients yang takde masa aku masak syaksyukka versi melayu & menggunakan pan tefal serbaguna (resipi asal masok dlm oven) neh. Kacang pis & lada sulah. Kacang pis aku ganti dgn daun kucai. Lada sulah aku ganti dgn biji lada hitam yang ditumbuk. Curlassss tak haku? Hahahah. Mungkin boleh tukar nama dish nie kepada Telur Dadar Daging Cincang aje kowt. Ikot suka hati korang ler. Tapi licin sekejap aje dish nie dimakan. Utk Naurah aku asingkan dulu sebelum letak lada hitam. Budak tu makan dgn penuh berselera. Terbaekkk!!

So tanpa berlengah lagi, inilah resipinya yer...

Daging cincang
Telur ayam 
Daun Kucai
Lada hitam
Tomato dipotong dadu
Bawang besar dipotong dadu
Bawang putih dipotong dadu
Garam

 1. Masukkan bwg putih & bawang besar yang dipotong dadu kedalam sebuah bekas. Campurkan daging cincang, lada hitam, tomato, daun kucai, garam & gaul sebati. Perap dlm 10-15 minit.

2. Lepas perap, gunakan non stick pan, tuang segala bahan perapan & masak.

3. Dah masak dagingnya, pecahkan telur dalam 3-4 biji. Boleh kacau kalau nak telur pecah atau boleh biarkan dia sebiji bulat-bulat gitu dgn menutup non stick pan dgn tutup periuk.

4. Bila telur dah nampak masak, bolehlah masuk pinggan & hidangkan.

Selamat menjamu selera!





Popular Posts