Syaksyukka Versi Oven

Sebelum masuk oven
Sedang masak dlm oven

Ok. Ini resipi yang masok dlm oven pulak instead of guna Tefal aje kehkehh. Kali nie lada sulah & kacang pis dah ada dlm stok. So maybe inilah rasa sebenar Syaksyukka iaitu sejenis makanan orang Arab. Negara mana jangan ditanya. Den tak tawu hahaha

Sebenarnya aku dah lupa resipi kat fb KOG tu. So aku main taram aje semalam ikot daya ingatan aku. Nak jenguk internet & godeh resipi cam malas la pulak. So ini lah hasilnya. Sedap aje hihi. Lets take a look at my recipe of the dish.

Minced meat/Daging cincang
Bawang besar di potong dadu
Bawang putih dipotong dadu jugak
Halia didadu jugak
Lada sulah
Garam
Tomato
Telur 2-3 biji

1. Perap daging, bwg besar, bwg putih & halia around 20 minutes (aku tak perap pon.teros aje gaul semua bahan dlm mangkok & masak haha)

2. Letak minyak dlm pan & masak semua bahan perapan tadi.

3. Dah separuh masak or masak sepenuhnya pon xpe hihi, tuang dlm loyang. Buat lubang pd bahan perapan & pecahkan telur.

4. Taburkan kacang pis & hirisan tomato. Bakar dlm oven 200 degree around 15 minutes.


Selamat mencuba!!




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat