18.02.2010 - 18.09.2012


Alhamdulillah. Hari nie genap Naurah Zayanie hidup di dunia nie selama 2 tahun 7 bulan. Dah tak bape bulan je lagi usianya akan menginjak 3 tahun. Ayat cliche tentu sekali ' how time flies'. Hari demi hari berganti, umur kita pon semakin bertambah. Menjalani kehidupan sehari-sehari akhirnya sampai lah pada hari ini.

Nothing special utk entry ini. Nak update pasal Naurah entah apa lagi yg nak diceritakan. Budak dah besar gini takde kebolehan yang special utk dihebahkan kowt. Maybe ada jugalah yg special tentang perkembangan otaknya. Makin hari dia makin bijak. Itu ajelah kowt. Saban hari jadi penghibur buat aku & habi.

Buat masa nie aku puas hati dengan personaliti & sahsiah diri Naurah. Dia masih boleh lagi aku kategorikan sebagai budak yang baik & mendengar kata jugalah. Nakal sikit-sikit tu normal la kan. Nama pon budak-budak. Tapi takdelah sampai buat aku & habi stress or pening kepala dgn kenakalan dia tu. Overall memang puas hati dengan peribadi budak tu. Harap dia jadilah budak baik sampai bila-bila. InsyaAllah.

Susu nampaknya masih bertahan dgn Sustagen Chocolate. Botol susu pulak dalam peralihan utk menggunakan MAM. In fact dah tukar dah pon kpd 2 botol toddler MAM warna pink & green utk kt rumah. Botol Avent semuanya dah masuk dalam kotak. Maybe boleh disimpan utk adik dia in future. InsyaAllah. Now tengah target nak beli lagi sebotol botol MAM utk kat taska. Tunggu dapat pergi Alamanda lagi dlm masa terdekat neh.

Sabtu lepas dapat berkunjung ke rumah Evyn sempena majlis birthday Ammar. Sayangnya kami sampai terlalu awal & makanan pon takde lagi. Haha. Takpelah. Seb baek dah makan bihun goreng lambat sket pagi tu. So tak bape lapor sangat lar lagi. Chit chat kejap dgn Evyn & sampaikan hadiah utk birthday boy. Itu yg paling utamanya. After that kami terkocoh pula ke kedai toys pasal Abg Eddy kirim duit RM150 soh belikan pelbagai toys utk majlis birthday anaknya pulak pd hari yg sama. So kami pon belikan la Ultraman besor, kereta kebal remote control, senapang mainan M16 & hadiah drp kami pulak topi askar & pistol. Budak lelaki punya hadiah standard kot semua yg aku tulis tu. Hahaha.

Kami sampai rumah PIL Abg Eddy dah lewat sangat. Katerer pon dah berkemas. Seb baek makanan masih ada & kami makan dlm rumah aje instead of kat khemah. Kami lunch hari tu pukul 4.30ptg. Terbaek tak? Hehehehe. Lepas makan semua, singgah rumah Kak Ya kejap utk solat & after maghrib terus gerak ke Semenyih pulak. Sampai Semenyih rupanya ada saudara belah FIL datang beraya. Mula-mula aku mandi dulu sebab rasa berlengas gila badan. After that baru turun bawah tunjuk muka sambil melayan Naurah yg a lil bit cranky. Maybe kepenatan berjalan seharian & dah mengantuk. Bila Naurah tido, aku pon angkat dia naik bilik kt atas & tido while habi masih melayan tetamu yg ada.

Malam tu aku skip makan lagi. Seb baek makan lunch pon lewat petang. So perut pon takdelah lapor mana. Tp esoknya breakfast baek punya nasi lemak MIL masak. Makan dgn banyak sbb kununnya mlmnya tak makan kan? Haha. PIL ajak g wedding kt Bangi tp aku cam malas sbb baju proper tak bawak. So deme seme angkut Naurah pergi sekali aje. Aku & habi ambil kesempatan dating ke Aeon Cheras Selatan. Kami tengok movie Resident Evil 5 pastu shopping barang rumah sket & balik rumah sampai dlm 6pm plus gitu. At that time Naurah baru je lepas mandi. MIL ckp dia tak menangis pun spjg kami takde. Syukur =)

Malamnya after dinner balik ke BBST & semalam menghabiskan masa bersama aje. Heaven.





 


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat