Drama Melayu: Adam & Hawa


Lately ramai dah peminat Aaron Aziz kemaruk semula dengan drama di Mustika HD Adam & Hawa. Bukan main sana sini di facebook mahupun di twitter semua dok cerita pasal drama ni.

Pengetahuan aku tentang drama nie sekadar tahu ajelah. Pernah tgk kt tv macam majlis pelancaran drama ni pastu tengok heroin dia eyhh sape tuw? Tak kenal. Pastu rasa macam tak bape nak lawa pulak. Hehehe.  Sayangnya Aaron yg macho tu berlakon dengan heroin tak bape nak lawa. Jahat kan fikiran aku?Hewheww =P

Aku memang macam nie. Suka sangat tengok padanan hero & heroin yg aku rasa sama sepadan. Sama hemsem & sama lawa. Maybe sebab in real life jarang kita nak jumpa dgn pasangan suami isteri yg sepadan dari segi rupa parasnya. Macam aku jugaklah lawo tp laki aku skema....eyhhh! Hahahaha. Ampun beribu ribu lemon habi...wakakakaka...i love u!

So keinginan nak tengok drama Adam & Hawa yang aku tahu diadaptasikan drp sebuah novel yg hangat satu ketika dulu terus mati begitu saja. Terus takde nak ambil tahu pun bila drama ni akan mula bersiaran whatsoever. Tak amek port suda. Tawu-tawu tetibe ramai je geng bloggers yg tulis status kat facebook & twitter tentang ke best an drama ni. Abang Aaron punya acting tak perlu nk ckp banyak la kan. Ini lebih kepada keberkesanan lakonan heroin yg namanya pon aku masih lupa saat menaip entry nie. I'm so sorry =B

Yelah...drp segi rupa maybe heroin tu tak bape nak lawo sangat macam Lisa Surihani or Neelofa di mata aku. Tapi aku tak pertikaikan bakat yg dia ada drp segi lakonan. Kalau memang dia aktres yg bagus, apa salahnya dia jadi heroin kan? Sekarang peminat artis di Malaysia dah lebih open & dapat terima bakat drp rupa sahaja. Kalau dulu wajah pan-asian la yg paling laku kt dunia tv. Sekarang zaman tu dah berlalu & mahukan bakat & rupa sama-sama ada.

Aku pon takdelah jaki sgt dgn heroin A&H nie sampai mogok taknak tengok lansung cerita ni. Cumanya aku tengah angau dengan kdrama spt yg anda semua sedia maklum. Sedangkan layan kdrama pon aku dah mengabaikan bbrp benda rutin, inikan pulak nak tambah dgn drama A&H nie. Aku tawu punya klu dah start tengok, senang sangat nak terjebak utk follow the drama sampai 80 episod. Ko mampu ke Sharena? Argghhh...aku takot utk memulakannya. Aku kesiankan habi & Naurah yg sudah pastinya akan sama-sama menunggu aku utk naik ke atas & tido.

Tapi.....aku nak jugak tengok sekali dua drama yg menjadi kegilaan ramai skrg nie. At least aku dpt nilaikan sendiri bakat yg ada pd heroinnya tanpa mengambil kira rupa parasnya. Aku bukanlah kejam sangat bab paras rupa nie...aku pon bukannya lawo sgt nak ckp orang tak lawo kan? Hehehe... Tapi dah lumrah manusia...suka melihat sesuatu yg indah & cantik. It just that indah & cantik tu bergantung pd mata & taste masing-masing lar kan. Siapa kita nak cakap lebih-lebih kalau berkaitan dgn citarasa org lain? Takkan nak marah pulak kalau kita rasa orang nie lawo tp orang lain kata tak lawa pulak.

Macam kat mata aku habi tu hemsem & comel. Pedulik hape kalau orang lain kata yg sebaliknya kan? Yang mengadap dia hari-hari kita ni bininya...orang lain tu nak kesah buat apa? Takde kena mengena pon dgn life kita huhuhu...







Popular Posts