Goodbye Puteh


Ketahuilah bahawasanya Puteh dah hilang selama 2 minggu. Ini paling lama dia hilang. Dulu pernah hilang seminggu paling lama sebab dia sakit. Bila dah better, dia balik rumah. Kali nie lansung tak balik dah. Aku bajet dia dah meninggalkan dunia yg fana nie sebab sakit kena infection dalam perut. 

Kucing selalunya kalau dia sakit or nak mati, dia takkan mati kat rumah tuan dia. Dia akan pergi mana-mana dan mati. Sedihnya. So sekarang nie cuma bagi makan makanan kucing yg beli seguni besar ritu pd kucing kat area belakang rumah ntah sape punya ntah. Maybe kucing gelandangan kot. Puteh dah takde utk diberi makan. So tak kisahlah kucen mana pon makan. Oyen kawan Puteh pon semakin gemok. Dia jelah kadang buat pengubat rindu kat Puteh.

May you rest in peace Puteh!

I miss you when in health.



Popular Posts