Happy 32nd Habi

Sepatutnya entry nie utk semalam kot sbb semalam birthday habi. 4 September. Tapi sebab celebrate on dinner, maka lebih afdhal klu entry bersama dgn gambar masa celebrate sekali. Barulah best nak baca entry dengan gambar kan? Kalau takde gambar macam hambar aje. Suram. 

By the way idea ad hoc aku nk makan kt mane nie berlansung dgn jayanya. Sblm nie bajet nk makan kt Bumbu Bali, Puchong. Tp mcm jauh sgt la pulak. Esoknya nak kerja pulak tu. So tukar plan ke Alamanda. Then nampak ada TGI Fridays which is aku pon tak pernah lg makan kt situ. Tengok menu dia memang macam nie O__O mata jadinya. The price larh. Hehehe. Since restoran gini makan sekali setahun aje boleh, so sempena birthday habi, aku pejam mata ajelah. Hopefully its worth it =)

Kat twitter Aisha bg info yg TGI ada gak buat cam bg kek kecik or desserts ada lilin & nyanyi happy birthday pd yg sambut birthday. Cantek sangat la tu. Apa kata tahun nie kita buat surprise sikit kt habi. To make it more memorable. So aku pon call TGI Alamanda, make a reservation & bagitau terus birthday habi hari ni & deme kata OK they will arranged it. Settled. Terus rasa debar-debar kat dada. Poyo betol. Macam la birthday aku kan? Hahaha...

Balik rumah, siap-siap dlm pukul 7pm kami gerak. Hujan all the way to Alamanda. Aku berbuka dalam kereta dgn tahu sumbat MIL bwk balik hasil dr jamuan raya di opisnya. Sampai sana kami solat Maghrib dulu sblm menuju ke TGI Fridays. Naurah super happy & super active malam td. Buat perangai sket dia. Nak tengok air pancut la. Nak pergi tempat games la. Aihhh...sampai at the end kt TGI dia buat sesuatu yang paling hebat. Nti aku citer.

Sampai TGI sekali terserempak dgn manager kat opis daaa. OK yg ini tak perlu cerita siapa & dgn siapa dia disana. Aku mmg dh sedia maklum. Hehehe. Malas nk ngumpat pepagi ni. So lepas order, kami makan & lepas makan aku mintak bil. Bila aku dh mintak bil, itu adalah isyarat utk surprise for habi. Tetibe ape ntah staf cam kecoh-kecoh cakap kuat2. Aku tanya habi, ape tu bang? Entah, kata dia. Dlm hati aku dah bajet dah deme dh start dah. Hahaha. Tetibe dtg 3-4 org staf lelaki bwk cam dessert dlm cawan comel with candle. Then one of the staf tanya aku birthday anak ke? Ehh bukan la. Habi...aku ckp.

Then dia tanya nama habi. Habi muka blur giler. Hahahaha. Nak jawab nama sendiri pon sampai lupa. Kahkahhh. Then dia ckp la Izhar. So deme pon nyanyi sambil tepuk tangan happy birthday with a faster version. Then deme soh habi tiup candle. Habi muka blur lagi. Adoiii.....Naurah kat pangkuan habi dah diam. Takot la tu. Hihi. Then habi pon tiup candle. Deme tepuk & habi ckp thank you. Sekian.

Tak lama lepas tu ada lg yg sambut birthday. Seb baek habi yg pertama sbb yg kedua tu msti dah bajet kengkawan dia buat utk dia jgk kot. Tak surprise. Habi je yg betul2 surprised =) Tp yg budak lelaki sorang tu siap kena berdiri atas kerusi cam Aisha ckp tu. Habi taknak so deme pon sokay aje. Habi bg alasan ada Naurah kt pangku dia. Ohh dia mmg bernasib baek =P

Then Naurah & habi perabis dessert while aku dh tak larat nak melantak pape. Rasa sesudu aje sbb manis sgt bagi aku. Snap gambar a few & aku pon bayar the bill. Tak sampai RM100 pon. Memang in budget. Pagi tadi habi kiss pipi & said thank you utk kali yg keberapanya ntah. I'm glad he appreciate it. 

Selamat ulangtahun yg ke 32 abang. Moga sentiasa jadi suami & ayah yg baik sampai bila-bila. Moga murah rezeki & panjang umurnya. At least biar orang yg mati dulu dari abang OK!

Naurah buat penutup yg paling hebat. Dia pecahkan one of the dessert cup jatuh berderai. Pastu menangis 1 TGI boleh dengar. Hebat kan penutup kisah malam tadi? ^___^

Belasah kids meal Naurah dulu kehkehh

Grilled Lamb for habi

Tennessee Chicken for me

Habi & Naurah version

Itulah cup dessert birthday

Kaca yg berderai.....





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat