It Takes Times

Thank you for those yang concern dengan kesedihan aku hari nie. Mak takde kekuatan nk cerita kat sini sebab taknak bergenang airmata & sebak lagi. Maybe by next week aku dah dapat terima kenyataan & act like normal. By the way ianya tiada kena mengena dgn kesihatan Naurah. Demam dia pon dah kebah. Just keep on going with antibiotik & ubat lembut najis. Urine dah hantar ke lab utk test. The hospital will call after the test result is ready. Everything is fine. No worries.

Yang tak fine hati mak aje. Konflik dalaman. Takpelah. It takes time to heal the wound. Redha & pasrah.

By the way nak cerita tentang plan masakan utk hari ini. Setakat nie dah pernah masak Mee Bandung & Mee Kari. Hari ni aku plan nak masak Mee Hailam pulak. Tengok resipi cam senang & simple. Mee dah beli, ayam pon dah beli. Tinggal nak cari sayur sawi & tepung jagung balik kerja nnti. At least Naurah boleh makan sebab tak pedas. Budak tu sampai sekarang tak suka makanan yg pedas & berempah. Dia pun dah muak makan ayam & telur feveret dia sebelum ni. Ikan kadang dia OK kadang KO. Jenuh nak cari balik apa makanan yg dia suka. Thats y kena pelbagaikan menu masakan kt rumah sekarang.

OK. Esok aku tepek resipi Mee Hailam. Kite tengok nanti hasilnya sedap ke tidak.

Weekend nie planning nak ke rumah Kak Ya main masak-masak lagi. Birthday girl request Carrot Cake Secret Recipe & Laksa Penang. Tak lupa Siakap Steam Lemon auwwww. Saje nak merasmikan Morgan Steamer Kak Ya hari tu. Pastu maybe boleh try buat Kek Karamel tak? ^___^ Boleh diusulkan neh...

Berkenaan dgn Family Day company yang ura-ura nak ke Langkawi hari tu, at the moment dah passed the list of staffs & family members yang available on 8-10 Dec 2012 nanti. Hopefully takde pertukaran tarikh yang berlaku in future. Kalau tak susah nak arrange balik kan? Tak sure lah jadi ke tidak benda nie. Kita tunggu & lihat sajalah. Kalau jd, it will be our 5th times holiday by aeroplane on 2012. Amboiii kemain lagi berjalan sakan tahun nie yerp? Syukur pd rezeki Allah.

Next year maybe dah lain pulak ceritanya. Ada misi yg perlu diutamakan. After that we'll see how it goes....


p/s: nak buat Kerabu Mangga petang nie...tp nak makan dgn apa? takkan dgn mee hailam kot? ahahaha...xpe, buat & simpan dalam peti. good idea =)









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat