Jangan Mudah Buruk Sangka

Dulu kan sebelum kawan dengan habi aku bajet ramai orang kampeni dia tak solat gaknye. Hehehe. Staf kampeni habi kebanyakannya lelaki. Lelaki kan kadang macam liat sket nak solat. Aku pon ingat laki aku pon sama tak solat. Haha. Sebab macam kalau pergi surau ada seketoi dua aje yang aku nampak selalu bersolat. Yang lainnya ntah kemana hutan. Kalau nak fikir baik maybe deme solat kat luar jelah kot.

Bila dah start close dgn habi, dok interkom hari-hari sampai tertunggu-tunggu ewaahhh, barulah aku dapat peluang masuk ke work station habi. Sebelum ni macam tak pernah masok kot. Sebab takde sebab nak masok. Kebetulan masa tu pc aku crash & perlu diformat semula, hati melonjak suka bila ada peluang ke work station habi bila dia kata nak kena back up all the datas in hard disc & dia nak pastikan data mana yg perlu & tak perlu disimpan. 

So aku pon kedek-kedek pegi ke work station habi & tengok humangaihhhh..serabot siot orang IT punya workplace neh O__O Udahler semuanya lelaki. Paham-paham ajelah kertas & fail menimbun atas meja dah macam ready utk ditong sampahkan. Gilo ah. Camne deme boleh keje tempat macam nie eyh? Dengan selipar & kasut bergelimpangan atas lantai. Dengan wayar server ke hape ntah bersimpang siur berselirat sana sini. Perghhhh...naik semak otak aku tengok. Bau hapak & terkuap takyah cakap la kan. Senoneng jugak dibuatnya kihkihhh

Seb baek meja habi tak semak mana. Boleh dimaapkan lagi lar. Ecehh manjang puji laki sendiri aje yerp?hahaha. Betol ape. Kalau kat rumah dia rajin kemas sana sini, mustahil la meja dia serabot laksana hutan simpan kan? Dah dalam darah pengemas orang kate tuh. Untung la aku kawen dgn dia. Sila jeles. Kehkehhh. Its a great match actually. Bini tak bape nak rajin, laki mestilah kena rajin kan? Kalau sama-sama rajin or sama-sama malas, something wrong somewhere I guessed =P

Then bila dah masuk sana, barulah aku tawu rupanya kat belakang sekali tu ada ruang kecil yg deme buat tempat solat. Siap ada sejadah lar. Orang lelaki kan ringkas aje nak solatnya. Tak perlu nak bertelekung mekap bagai macam kite. So amek wudhu' kat paip tepi opis, masok opis terus solat. 5 minit aje siap.

Itulah orang kata tak boleh menilai orang kalau kita belum betul-betul kenal. Jangan menilai drp luarannya aje. Sebab tu Allah suruh kita selalu bersangka baik dengan orang yang maybe luarannya nampak macam tak berapa nak baik. Kita bukannya tahu serba serbi tentang life orang lain ye dop? So dapatlah pengajaran lagi aku disitu =)




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat