Konsep Doa & Ke-Tuhanan

Bila kita sudah serahkan segalanya kepada Allah, kita akan berasa lebih bahagia. Lagi pun kita memang takde kuasa sikit pun dalam hal nie. Thats y redha itu lebih mudah drp kita terlalu berharap yg akhirnya akan buat kita stress & sebagainya. Kita cuma boleh berusaha yang terdaya. Kalau Allah kata memang sudah masanya, sekali pun sudah cukup. As simple as that.

Konsep doa tidak semudah yg kita sangka. Aku risau jugak kalau-kalau doa aku pada Allah tu salah sebenarnya. Seboleh mungkin mencari ayat yang terbaik utk dipohonkan kepada Dia. Doa aku selalu saja tidak tetap. Aku sentiasa mencari kesesuaian ayat utk menyampaikan hajat dalam hati. Sehingga akhirnya aku akan jumpa ayat yang paling sesuai & akan menjadi ulangan sehingga hajat itu termakbul. Itu pun kalau Allah nak makbulkan. Kalau Dia tak makbul, bermakna Dia merancang sesuatu yang lebih baik utk aku. Sesuatu yang tak terjangkau dek akal manusia yg selalu khilaf neh. 

Terima kasih Allah.

Aku juga sangat takut sekiranya aku selalu membuat pilihan yang salah dalam kehidupan. Life is all about choices. Setiap hari kita perlu membuat keputusan. Nak masak juadah apa utk makan malam pun perlukan kita membuat keputusan. Betul tak? Nampak simple tp impaknya tetap ada. Jangan pandang remeh dengan setiap keputusan yg kita ambil walaupun pd mata kasarnya ia nampak tidak penting. Walau apa pun keputusan yg kita ambil, kesannya tetap penting samada pd diri kita mahupun orang disekeliling kita.

Sebab takut aku buat kptsn yg tak bijak, so aku juga berdoa pd Allah moga Dia tunjukkan jalan supaya aku buat keputusan yang terbaik. Kita nampak mcm kita dh buat keputusan yg terbaik. Tapi betul ker? Belum tentu juga kan? So sekali lagi kita bergantung harap pd Allah kerana Dia aje yg tahu apa yg terbaik utk diri kita. Kita sendiri tak tahu apa yg terbaik sebenarnya utk diri kita. Macam pelik kan?

Kita memerlukan Allah disetiap sudut kehidupan kita. Bagaimana agaknya orang yang tak percaya Tuhan itu wujud yer? Macam mana dia menjalani kehidupan dia? Tak rasa terbeban ke membuat keputusan berseorangan mcm tu? Takde bergantung harap pd kuasa yg jauh lebih hebat drp kuasa manusia itu sendiri. Konsep tiada Tuhan memang sangat membebankan!

Alangkah beruntungnya kita kerana mempunyai Allah utk mengadu pelbagai perkara kepada-Nya. Ianya sangat tidak sama dgn konsep mengadu kpd sesama manusia. Krn kuasa manusia itu terbatas & sama antara satu sama lain.

Hanya kepada Allah sajalah kita berharap.

Wallahualam.

" Ya Allah, sesungguhnya aku berserah kepada Engkau atas apa pun yang terjadi dalam kehidupanku. Sekiranya inilah yg terbaik utk diriku, maka aku redha "






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat