Melawat Fad & Baby Isma


Standard ahh aku jadi mak gajoh kalau gambo dengan deme yang rangka kecik nie. Naurah pon tetibe nampak sangat kakak di situ kan? Lebih kurang Ammar la besornya.

Setelah Isma Nuhaa berusia sebulan, barulah dapat kami menjenguk. Aku bukan apa. Dulu masa bersalin ke Naurah aku susah hati betul nak layan tetamu masa 2 minggu pertama. Sebabnya dah la aku duduk senget benget pasal jahitan kat bawah tu. Tak selesa nak duduk lama-lama & bersembang. Tapi kalau tak layan macam tak baik pulak kan? Masa 2 minggu pertama tu aku cuma rasa nak berehat secukupnya utk pulihkan tenaga. Kalau boleh memang nak cakap sesiap pd sape nak datang jenguk, maybe pd minggu ketiga & seterusnya tu OK. Takot tetamu tak dapat layanan terbaik drp aku la kununnya kalo datang awal sgt. Gitu.

So aku andaikan lebih molek kalo lawat Fad masa dia betul-betul dah sihat. Baby pon dah besar sikit & celik mata. Kebetulan pulak weekends yang sebelum nie sentiasa penuh dgn jemputan open house, birthday parties & weddings. Tapi bila tau si Zuris yg duduk Ipoh pon dah datang melawat Fad, terus rasa tergugat oke. Ape barang orang dekat nie tak sampai-sampai lagi ye dop? So bila ada free je terus roger Fad ckp nk datang melawat & ajak a few of others join. Dalam kes ni berjaya kaut Hany & Evyn. Ini pon dah cukup havoc rumah parents Fad dibuatnya hehehe...

Imaan kan sangat peramah & memang ada bakat jadi tuan rumah yg baik. Semua orang disapanya siap jemput masuk dari porch kereta lagi. Biasalah bila dah jumpa kawan habis semua toys dibawak keluar ajak main sesama. Comel gila. Haha. Naurah pon dengan Imaan nampak boleh ngam. Elok je main & bersembang. Ye ko...siap bersembang. Maklum la masing-masing dah petah bercakap. Cute gila tengok lagak diorang neh. OK. Sila jadi best fren bila dah besar nanti ye. 

 
Tengok la tu si Imaan menjeles ke Naurah sebab dah pandai buat peace. Imaan buat peace kena orang arrangekan dulu jarinya. Kihkihhh. Comel. Dah gapo Naurah buat muka gitu? Hakhakk


Imaan dalam cubaan utk mengendeng Faqihah main note ibunya. Comel jugak deme nie. Kelakar tengok gelagat Imaan hokeyh!


The bapaks with the anak-anak ^___^


Ini dia bintang utama pd hari itu. Isma Nuhaa yang pd mata aku macam Naurah masa kecik. Tapi habi kata dia tak ingat -.-" Nyampohhh!!


Fad nampak susut banyak badannya. Maybe sbb faktor breasfeed katanya. Semua orang dah start normal. Aku je yg tak normal-normal hewhewww...


Thanks to Hany & Evyn for joining me. Datang pon timing lebih kurang sama aje. Nice =)

And thanks to Fad, hubby & family for having all of us. Naurah makan banyak kek lapis Sarawak. Hahaha. Moga jumpa lagi.

Bila nak gathering neh? Kata lepas raya? Sonyap je masing-masing hihihi....





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat