Naurah Sakit +__+

Kita nie sebagai manusia memang cuma mampu merancang, tapi ketentuan Allah jugalah yang kita suka atau tidak harus terima. Rancang lah baik mana pun, kalau Allah kata lain, lainlah jadinya. Siapa kita nak melawan takdir ye dop? Kita cuma perlu berhati besar & melihat semua yg berlaku pasti ada kebaikan disebaliknya. InsyaAllah.

Ini bersangkut paut dengan kisah semalam lah. Kunun la ambil half day petang nak jalan IKEA shopping apa yg patut kat sana. End up melepak kat An Nur Specialist tunggu Naurah urinate. Hahaha. Siryes tak tipu neh. Badan Naurah panas lagi malam Isnin tu. So kami memang sesiap bg ubat demam lah. Tapi aku dah risau kerap sangat dia demam ni. Pastu jenis temperature aje naik. No flu no cough. A few times happen so memang rasa tak sedap hati la kan. Takut kalau-kalau ini petanda kepada penyakit yg lain. Who knows kan?

So end up semalam aku buat keputusan ke An Nur instead of ke IKEA. Rasanya aku dah buat pilihan yang tepat. Mana yang lebih penting ye dop? So sampai sana syukur orang tak ramai. So cepat je masuk jumpa Doc Arbaiyah sebab Doc Khairul takde pulak masa tu. PAED Naurah shud be Doc Khairul sebenarnya. But Doc Arbaiyah pon sokay jer. Second time jumpa dia sebenarnya. First time masa Naurah bersunat =) Nama pon pakar kanak-kanak kan. Segala macam lah ditanya nya kami utk memastikan apa masalahnya Naurah ni sokmo demam berulang selang 2 minggu.

Seb baek semua soalan dpt dijawab dgn baik. Kalau tak mesti bersalah gila sebab nampak sangat macam parents yang tak/kurang kisah dgn hal ehwal anak ye dop? Ini baru anak sorang oke. No excuses! So doc pon check suhu badan Naurah, dengar pernafasan dia, intai lubang telinga & akhirnya check perut. Bila doc tanya hows Naurah punya najis, kami pon terus terang jelah ckp dia selalu sembelit sbb minum susu coklat la katekan. Sembelit kadang kuor najis sikit aje. Tp budak tu punyalah sampai terjingkit kaki menahan sakit.

Dengar kami ckp gitu, terus doc dah dapat suspect infection drp najis sembelit yg tak keluar habis dari tempat pembuangan. Macam Naurah tahan najis dia sebab takot sakit masa berak, end up najis terkumpul & jadi infection cross ke pundi kencing. So kencing kotor end up jadilah demam berulang. Owhh itu macam ka doctor? Masa doc tekan perut Naurah, dia soh aku rasa sama najis yang keras Naurah dok hold dlm tu. Memang ada terasa macam keras bergulung gitu. Alorr..kesiannya awak Naurah. Jahatnya ibu sebab ambil ringan bab sembelit awak. Sudahnya awak sokmo demam panas gitu T__T

So doc nak amek sample air kencing dia for lab test. Sebelum tu doc masok ubat berak bagi budak tu tak tahan her stools inside. Kejap aje dah bau busuk ekekeke. Then lagi setengah jam kami menunggu Naurah kencing tapi nan hado. Masa tu pasang pelekat urine tu kat dia. Sokmo cakap sakit. So dia pon tahan kencingnya. Adehhh...so balik rumah doc soh try amek lagi. Pukul 1pagi baru aku berjaya amek air kencing dia. Itu pon budak tu menangis sebab takot tengok ibu tadah botol kat bawah gitu. Kesian..tapi kalau aku tak amek masa tu, takto boleh hantar sampel hari nie ke spital or not. So pekakkan telinga & tunggu sampai dia kencing. Akhirnya suksess & boleh la semua orang tido semula dgn lena =) I'm sorry ye kakak.

Rasanya lebih susah nak handle toddler yg sakit sebab deme dah boleh berfikir & pandai menolak sebarang rawatan yg kita nak bagi kat deme. Memang lebih mencabar rasanya. Seb baek nak makan ubat guna syringe takde masalah. Siap picit syringe sendiri masuk mulut. Hasil didikan taska. Tq ^___^

Aku harap sangat dapat detect apa sebenarnya masalah Naurah demam berulang neh. Kalau memang kencing kotor, kite selesaikanlah dgn ubat yg doc dah bagi tu. Buat masa nie doc bg ubat demam, antibiotik & ubat lembut najis. Doc kata if bukan sbb kencing kotor, dia akan amek darah Naurah pulak utk test. Homaii...harap sangat tak sampai ke tahap tu +__+

Get well soon Naurah. MIL & FIL sokmo call tanya keadaan Naurah. Bimbang benor deme kesihatan cucu sorang tuh. Hari ni MIL ambil cuti & ambil Naurah bawa balik Semenyih. Nak bagi perhatian secukupnya supaya budak tu cepat baik. Hati aku & habi pon lebih tenang nak pergi kerja macam nie. Thanks to mak & ayah =)






Aksi-aksi budak menahan kencing. Setengah jam terbuang tanpa hasil...grrrr. Elok bukak pelekat, OK pulak dia kencing kat diaper -.-"

Padahal masa nie orang dah ramai jugak. Selamba yaya je biar budak nie tak pakai seluar. Hahaha

 p/s: timbang berat semalam dah naik 1kg rupanya dia...now she's 11kg child =D






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat