Perubahan Yang Semulajadi


Mwehehehe...skrg aku nie gile pink ke ape? Entah la ye..sejak umur makin meningkat nie suka pulak nk try kaler yg terang-terang mcm shocking pink nie. Maybe dgn bertambahnya usia, banyak kegemaran kita yang semakin berubah kot. Tak kuasa dah nak kaler yg kusam-kusam mcm kegemaran aku dulu. Sampai asyik kena kutuk pon tetap dgn pilihan kaler kusam. Tup tup bila semua org dah redha dgn pilihan kita, kita pulak berubah tanpa disangka-sangka. Ianya berlaku secara semulajadi tanpa dipaksa-paksa. Pelik tapi ianya benar. Sudah berlaku pun dlm hidup aku. Hehehe...

Aku beranggapan ini bukan sesuatu yang luar norma. At least tak menyalahi syariat agama. Tak ker? Bukan wanita Islam tak digalakkan telalu menonjol ke? Kalau dah pilih kaler yg terang gini, bukan ker penonjolan diri dh berlaku disitu? Tapi aku tak berniat pon tukar kaler terang utk menonjolkan diri. Ianya perubahan yg berlaku secara semulajadi.

Entah lah. Aku bersandarkan kepada niat. Allah itu Maha Mengetahui. I just like to be colorful nowadays. Harap tak berlaku perkara yg buruk dgn penukaran minat nie. InsyaAllah.

Dalam masa yg sama, aku juga sudah berubah memakai tudung seperti ini mulai hari ini.



Aku tak tipu kan? Walaupon kaler tudung adalah sangat tak match dgn baju yg biru & kain yg hitam, tapi aku suka kaler tudung nie. So aku belasah je pakai bila habi dah iron pagi tadi. Gasak! Tak peduli dah orang kutuk tentang perkara ni. Asal habi OK, aku OK ajelah. Takpelah kena gelak pon. Tak jadi kudis. Wekkk!

Pagi tadi dpt idea pakai mcm nie. Aku rasa lebih proper sbb nampak labuh tutup dada instead of pakai mcm sblm nie yg tutup separuh dada aje. Aku tanya pendapat habi & dia pon kata OK. Otak aku nie mmg ligat lately fikir perubahan demi perubahan positif yg boleh aku lakukan utk memperbaiki diri. Tidaklah mahu terlalu aggresif perubahannya tp at least ada juga perubahan kan? Takot juga kalau perubahan yg -ve pulak terjadi. Tp harapnya tidak lah yer?

Cita-cita utk menjadi muslimah sempurna mmg sentiasa subur dlm hati. Tp bila kita arif dgn diri kita, kita akan tahu sampai takat mana kemampuan kita. Jadi kita kena sentiasa cari idea bagaimana utk sampai ke matlamat itu. Ianya berdikit-dikit & tidak drastik. Bukankah usaha juga diambilkira?

Bukankah ini lebih baik drp lansung tiada perubahan kearah kebaikan? Aku tahu aku boleh jadi lebih baik drp skrg. InsyaAllah. Ianya mengambil masa tp aku akan tetap sentiasa berusaha.....

When there's a will, there's a way.....

Moga Allah pemudah & sentiasa tunjukkan jalanNya.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat