Potong Q

Apa agaknya perasaan orang yang suka potong line kalau kat traffic light agaknya yer? Takde rasa bersalah mehhh? Yelah kan. Orang lain kesian aje line panjang-panjang tunggu giliran. Alih-alih kita selamba badak aje potong kat tepi & dapat jalan dulu. Walhal orang yang que tu pon nak cepat jugak sama macam kita. Dia pon masuk 8.30am jugak. Apakah pulak perasaan orang yang que bila melihat kereta yg suka potong line? Mesti menimbulkan sedikit amarah & tidak senang dihatinya. Isn't it?

Pada aku mudah aje persoalan nie. Kalau kita tak suka orang lain buat onar kat kita, kita pon jangan buat onar kat orang lain. As simple as that. Dalam kes nie aku respect kat habi sebab walau lambat macam mana pun kami, walau ada peluang baik utk potong que pon, dia tetap akan buat U turn secara sah mahupun tidak. But at least takde orang yg que panjang akan sakit hati dgn tindakan kita. Respect juga pd seorang officemate yg sekali sekala aku tumpang utk balik ke rumah if habi OT. Walaupun dia berlainan agama, tapi dia pon tak tergamak nak potong que. Sanggup juga U turn jauh sikit spt habi sbb taknak menyakitkan hati orang lain.

Setiap agama di dunia nie kebanyakannya menganjurkan perbuatan yg baik sesama manusia. Jadi tidak hairanlah kalau orang beragama lain drp kita pon masih ada rasa empati pd orang lain. Kalau bukan sebab agama kita bersikap baik atr sesama manusia, maybe ada sebab yg lain spt budaya hidup. Then nak kategorikan apa manusia yg tak rasa bersalah potong q neh? Tanda-tanda keruntuhan courtesy sesama manusia maybe? Keruntuhan agama & budaya hidup?

Aku rasa hidup adalah lebih aman & tenang serta berkat sebab tak menyakitkan hati orang lain saban hari. Tak kiralah orang tu kita kenal ke tidak. Tapi bukankah perlakuan kita menggambarkan sedikit sebanyak sahsiah diri kita. Lebih tepat lagi hati kita.

Hati yang tercemar maybe mampu melakukan sebarang tindakan tanpa mengira perasaan orang lain. Lagi satu kan, maybe kita tak dapat balasan yg sama spt yg kita buat kat orang lain. Tapi pasti ada kesusahan yg kita akan alami dalam bentuk yg lain pulak. Masa tu kita kena ingat semula apa kesilapan yg kita ada buat. So jangan nak mengeluh pula bila ditimpa kesusahan. What you give, you get back.

Setiap tindak tanduk kita pasti ada kesannya samada pd diri kita mahupun pada orang lain. Thats y dalam apa pun keputusan yg kita ambil, fikir buruk & baiknya dulu. Hidup kita memang tak lari drp peraturan. Peraturan yang paling utama tentulah peraturan yg datangnya drp Allah. Solat 5 waktu sehari semalam juga merupakan peraturan. Allah mengajar kita menjadi manusia yg berdisiplin. Islam is a way of life.

InsyaAllah sekiranya kita manusia yg patuh dengan solat 5 waktu, kita takkan tergamak nak potong que sebab rasa bersalah yang menyelubungi diri. Orang yg memotong que juga boleh dikatakan sebagai orang yang mementingkan diri sendiri. Isn't it? Islam tak pernah mengajar kita mementingkan diri sendiri. Kita kalau jadi orang yg berharta & berkemampuan pun kena keluarkan zakat kerana memperingati insan lain yg tidak bernasib baik spt kita. Amalan berpuasa juga sentiasa mengajar kita memahami kesempitan hidup orang yang susah.

Maybe potong que di traffic light nampak seperti satu perbuatan yang kecil & tidak apa-apa. Tapi ia sebenarnya sedikit sebanyak melambangkan keperibadian kita. Kalau tak rasa bersalah & malu kepada manusia, at least rasa malulah kepada Allah. Kerana Dia sentiasa melihat setiap perbuatan kita.

Wallahualam.

p/s: berbaloi ke kat akhirat sok sebelah kaki dah masuk ke Syurga tp sebelah kaki lagi ditarik sebab ramai manusia yg kita sakitkan hatinya, tak minta maaf pulak sbb terlalu ramai, hasil potong q kat dunia dulu? is it worth it? fikir-fikir kanlah.....








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat