Single Vs Married Life

Sometimes aku duduk saja-saja pastu macam mengingati how my life was when I'm still single. Aku masih mengingatinya tapi sangat tidak merinduinya ^___^

Ada orang dah kahwin sesekali rindu juga life masa bujang yerp? Tapi aku tidak pun. Sebab life bujang aku so-so aje. Takde apa yang menarik pun utk dikongsikan selain menghabiskan masa berdating dgn bf yang semestinya mengundang banyak dosa aje. So apa yang best sangat ntah tentang life masa bujang kan? Banyak yang aku regret lagi adalah +___+

Kalau lah tawu jodoh aku si habi tu aje, tak kuasa aku menghabiskan almost 4 years berdating sana sini dengan bf lama. Baik aku maintain solo & tunggu aje habi datang melamar. Hahaha. Siryes aku rasa terlalu banyak masa yang disia-siakan semasa bujang kalau hanya yang menariknya tentang dating life. And I feel stupid too. I do.

Aku selalu jeles pada pasangan yang berkahwin tanpa perlu berdating dalam jangka masa yg lama. Itulah sebenarnya peluang yang aku dapat lepas putus tunang. Mengenali rapat habi in about 2 and a half months, get engaged & 5 months after that getting married. Siryes aku bersyukur sangat-sangat masa tu sebab habi memang dah ready nak kahwin & aku yg sememangnya sudah tawar hati dgn dating life. Memang masing-masing dah sampai seru & Allah makes it all smooth for us.

Tapi bila dikenang life yg sebelumnya, siryes kalau boleh di padam drp memori otak, nak aje aku cut the brain off. Hahaha. Itulah zaman gelap dalam hidup aku yang lansung tak mendatangkan banyak faedah. Lagho betol la kekdahnya. 

Aku pulak bukanlah orang yg suka enjoy sana sini & hidup aku masa tu totally about dating. Boleh kata hari-hari pon dating sampai nak muak & menyampah tengok muka masing-masing. Banyak tempat pon meluat tengok muka kitorang kot. Eeee....menyampah pulak kalau aku ingat-ingat balik.

Nak dibandingkan dgn life after married ni, ya Allah....terlalu banyak berbezanya. Hidup bila diberkati Allah sebab kita tak buat banyak dosa memang sangat indah. Dulu aku selalu je rasa 'kosong' la hape la. Biasalah. Rasa something wrong somewhere but I don't know what. Ayat cliche kan?

Life after married is so wonderful. Sebab kita tak rasa terbeban dengan dosa. Semuanya halal dengan teman hidup kita. Pegang tangan suami isteri pun dosa kecil boleh jatuh berguguran. Isn't it great? Hati pun jadi aman tenteram & bahagia. Inilah kebahagiaan yang sebenar dalam fasa hidup aku. Getting married & having a child. Tak sekali pon membuatkan aku teringin utk kembali ke masa lampau.

Aku tak pasti dah berapa puluh kali entahkan beratus gaknye aku tanya pada habi ' do you love me or not?'. Hahaha. Dah jadi bini pon masih mau tanya kan? Aku suka tanya sebab aku sangat suka mendengar jawapannya. He will said ' of course I love you. you're my wife for god sake '. And then he will kiss my forehead. If the time is right lah. Kalau kat public guane pulak ye dop? Kihkihhhh....

Aku takkan pernah jemu bertanya selagi dia masih setia menjawab. InsyaAllah =)

Kasih sayang itu sangat perlu utk sentiasa diingati & dibajai.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat