Terima Kasih Blog

Eyhhh...lately ramai blogger baru yg drop comments dalam entry aku. Tetibe terasa macam femes pulak hehehe. Yelah...selalunya balik-balik bloggers yg sama aje yaitu yg dah lama kenal & ada yg dah berjumpa face to face utk merapatkan ukhwah. Tapi sejak 2 menjak nie ada dah bloggers baru yg sudi nak berkenalan dgn aku. Rasa terharu jugak blog cabuk nie semakin hari semakin berjaya mengumpul kenalan baru dari serata tempat & negeri. 

Best tau ramai kawan serata Malaysia nie. Contoh macam aku pergi wedding kt Sitiawan baru-baru ni, tetibe ada tambah lagi satu event pergi je rumah Intan & bersembang. Cer kalau takde blog & tak kenal Intan, mesti agak boring kot kesana takde guidance apa-apa. Sama gak masa pegi Kuantan awal bulan 2 hari tu. Dapat jumpa kejap sama MekNa yg also kenal from blog. Aihh..serata pelusuk pon aku pergi kalau dpt berjumpa dgn kawan memang terasa seronok.

Rasa bestnya sebab ramai aje kawan pergi kat mana-mana. Syukur jugak habi tak pernah menghalang apa pun aktiviti yang berkaitan dgn blogging. Dia sokay aje ikot bini dia ajak jumpa kawan blog sana sini. Thank you habi for your understanding. Tak jemu drive bawak bini kesana sini attend birthday party bloggers bila ada kelapangan. I really appreciate it =)

Dulu habi pernah ckp aku anti sosial. Hahaha. Memang aku kurang kawan weyh. Mengaku ajelah. Tp bila dah aktif dgn blog ni, nyesal terus habi dibuatnya. Bini dah jadi kaki jalan pulak huhuhu...

Aku pon tak tawu kenapa aku lebih selesa dgn kawan yg dikenali melalu blog drp kawan yg kenal secara live terus. Siryes aku tak rapat mana dgn office mates & kawan-kawan lama yg kenal drp sekolah atau di U. Paling kuat pon setakat berhubungan melalui facebook. Kalau diajak utk gathering pon aku tak rasa nak join. Haha. Tp cer kalau bloggers punya event....ha ha ha. Excited dia lain macam taw nak join & jumpa anak-anak bloggers yg kebanyakannya lebih kurang sebaya dgn Naurah. Hati tu rasa sentiasa dipanggil-panggil.

Baru-baru nie dapat kenal dgn seorang pembaca blog tegar iaitu Aisha Khalidin. Dia bukan blogger tp dia baca most of kawan blog aku punya blog selain drp blog aku. Pon dah dapat berjumpa & bila bersembang bukan main mcm dh kenal lama. Maklumlah dia baca blog aku dah lama. Tawu ape yg aku selalu rapukan dlm life aku. Tetibe aku rasa kagum dgn orang yg tau byk perkara ttg hidup aku sbb aku tak bajet ada orang yg kisah dgn apa yg aku ceritakan dlm blog ni.

Kepada pembaca blog ini, terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kerana rajin membaca apa yg aku tuliskan. Blogging adalah hobi aku selain drp tengok kdrama malam-malam & bertwitter dgn bloggers jugak. Hahaha. Tak lari dgn blog hidup aku neh. Semalam kenal lagi sorang pembaca blog aku di Twitter. Ohhh rasa terharu juga sbb ada yg menegur lagi hanya kerana drp sebuah blog cikai ini. I'm so happy =)

Terima kasih blog sebab jumpakan aku dengan ramai kenalan. I love you blog!!! (habi, jangan marah ye hihi)

p/s: sedar tak sedar dah 5 tahun aku jadi seorang blogger ^___^

Thank you from us

ps2: for those yg komen kt entry & ada blog, insyaAllah aku akan sampai ke blog anda lambat laun sbb nak add link blog anda di blog list aku...salam perkenalan =)






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat