Welcome Thirtieth =)

Terima kasih Allah kerana akhirnya sampai sudah usia aku 30 tahun. 24 Sept 1982 - 24 Sept 2012. Wahhh...dah 30 tahun hidup kat dunia nie rupanya. Yang pertama terlintas kat fikiran pastinya tentang pencapaian dalam hidup dari segi duniawi & ukhrawi. Adakah yang boleh dibanggakan?

Dari sudut duniawi, aku rasa bertuah jugalah sebab walau kerja tak power mana, gaji pon biasa-biasa saja, banyak kehendak yang berjaya dipenuhi. Rumah dah ada, dapat pergi holiday sana sini lagak macam orang kayo -.-" & tiada lagi istilah ikat perut dipertengahan bulan. Dengan kereta JHT yg dah habis bayar, bebanan terasa sangat ringan. Malangnya duit tu habis macam tu sajelah sebab takde allocation yg spesifik. 

Sometimes aku rasa ada baiknya berhutang beli barang besor-besor sebab at the end of the day barang ada & duit tak habis begitu saja. Keadaan skrg duit habis, barang pon nan hado +_+ Cuma mewah bab benda yang kecik-kecik ajelah. Tak payah fikir banyak, terus aje beli. Contoh nak beli jubah, tengok purse, pilih & bayar. Kalau dulu kena goda-goda habi dulu ngecek duit dia spy tak rasa terbeban bayo sensorang. Hahaha.

Dari segi savings, selain drp yg kat Tabung Haji which is potong gaji monthly..insurans pon tetap bayar spt biasa. Its part of savings jugaklah dihari tua. Since aku takde ASB, sebagai seorang anak peneroka Felda, ia melayakkan aku utk membuka akaun dibawah nama KPF. Nampaknya bertambah lagi 1 saving utk diriku. Target nak melabur dlm KPF on monthly basis. Maybe ini salah satu cara spy duit gaji tak habis begitu saja. Saving & saving. 

Syok wo dividen kat KPF last year dikatakan 18% jumlahnya. Much more higher than ASB i think. And some say higher than Bank Rakyat too. Aku memang selalu rasa bangga jadi anak Felda =) Dan semakin berbangga nampaknya...Errr tak lama lagi boleh potong saving habi dlm ASB tak? Hahaha. Dream on....Yang lecehnya everytime nak tambah pelaburan, kena ke Maybank branch ke kaunter. Harap tak lama lagi boleh buat by maybank2u aje yer KPF!

Selain drp tu pd usia 30 nie, aku dah ada suami & sorang anak perempuan ^___^

Yer. Sorang aje anak. Takde rezeki lagi nak menambah. Aku tertarik dengan satu statement dari sebuah blog islamik tentang erti perkahwinan yg menyatakan berkahwin tidak bermakna kita wajib atau pasti dikurniakan anak. Kerana anak itu merupakan 1 hadiah atau bonus drp Allah dalam institusi perkahwinan. If tak dapat hadiah pon, itu tidak bermakna perkahwinan kita tu telah gagal. Tidak sama sekali. Ada manfaat yg lebih besar drp zuriat itu sendiri. OK. Terus rasa bertuahnya diri sebab at least dah dapat 1 hadiah drp Allah dr perkongsian hidup dgn suami ni. So tak perlu nak stress dah kot pasal hal ni?

Spt yg pernah aku tulis, tak semestinya semua benda yg kita nak kita akan dapat. Hargailah suami yg super best & anak yg angel itu. Jaga mereka sebaiknya dulu sebelum sibuk memikirkan rezeki yang Allah sudah tetapkan ada atau tiada. Berbahagia sajalah dgn keadaan yg sekarang. Be grateful always. InsyaAllah.

Now masuk pd ukhrawi. Bab nie malas nk komen banyak sbb nanti orang kata nak tunjuk baik pulak. Biarlah menjadi rahsia buat diri aku & overall memang ada peningkatan yg secara kecil-kecilan. Moga Allah sentiasa tunjukkan jalan & pemudahkan ianya utk diriku. Amin.

Selamat datang 30 Semoga aku dapat menjadi hamba Allah yg lebih baik seterusnya menjadi isteri, ibu, anak, rakan & sahabat yang lebih baik utk semua. InsyaAllah.

Lepas tulis entry teros snap gambo sendiri ekekeke =P

p/s: psssttt...hari nie mak & bapak half day okay! something special is waiting...






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat