Alaminya Sendiri

Aku setuju betul dengan entry Noe tentang keadaan dimana selagi kita tak mengalami sendiri satu-satu situasi tu, kita takkan sebenar benarnya faham erti keadaan itu. 

Contohnya percintaan antara lelaki & perempuan. Selagi mana kita tak experience sendiri perasaan dilamun cinta, kita takkan faham perasaannya. Selagi kita tak jadi seorang ibu, kita takkan faham perasaan seorang ibu kepada anaknya. Selagi kita tak pernah putus cinta, kita takkan tahu betapa sengsaranya terpaksa melupakan seseorang yang kita sayang. 

Experience it yourself then you will know exactly how it felt.

Suatu masa dulu aku juga pernah bercinta & putus cinta. Kemudian bertemu cinta semula, getting married & menjadi seorang ibu. Its like an evolution from being a baby, a child, a girl, a woman, a wife & a mother. Selepas menjadi seorang ibu apakah yang seterusnya? Ohh..I know...mempunyai menantu =) having a grand children's & everything will be on cycle again. Sampai lah kita mati & bertemu semula dengan Pencipta kita.

That is what we called life as a human being. I supposed. 

Sebelum kita melalui sendiri semua kitaran itu, jangan pernah anggap kita dah tahu segalanya. Belum. Hidup bukan hanya bersandarkan pada anggapan & anganan. Kita boleh kata oohhh if I'm in that situation, I will act differently. Itu cuma kata-kata kosong. Be in that situation & then you will know how difficult it was.

Aku pernah berfikir begini ketika melihat sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak lelaki dalam lingkunan usia 5 tahun. Ishh..deme ni anak dah besar panjang...kenapa tak menambah anak lagi? Pastu pelbagai andaian yg wujud dlm kepala yg kebanyakannya spt menyalahkan the parents for not having another child. Manusia memang mudah berburuk sangka kan?

At the moment I experiencing the same situation exactly like that. Now people will see me & have the same questions lingering in their head. Kenapa..kenapa tak tambah anak lagi? Your daughter is grown up already. Apa lagi yg kamu tunggu? Umur makin meningkat. Dah tua-tua nak jaga anak kecil bukan kerja mudah.

Pengajarannya, kita tak tahu segalanya tentang kehidupan orang lain. Kita tak berada dalam situasi dia. Jadi kita tak layak nak menghakimi sesiapa pun terutamanya orang kita tak kenal lansung atau tidak rapat. Sama jugalah dgn segala yg aku ceritakan disini. 

You don't know me, you don't even talk to me, how can you judge me based on my writings only? Its not fair at all. Don't you get it?

Aku tahu ramai reader yang sudah berkahwin & ada anak spt aku mudah utk faham. Yang tak faham tu selalunya bukan berada dalam situasi yg sama dengan aku. Mereka tetap takkan faham sampai mereka mengalaminya sendiri. Mungkin menulis sebaik mana pun utk membuatkan mereka faham boleh diperumpamakan spt mencurah air ke daun keladi. Buang karan aje Sharena oiiii!

Dah tahu buang karan pon aku tetap nak menulis jugak. Acaner? Dah namanya pun hobi ye tak? Hurm..skrg kalau cikgu tanya apakah hobi anda di waktu lapang? Jawapan aku adalah menulis di blog. Agak-agak cikgu terima tak? ^___^

Hobi saya ni bukan sia-sia cikgu. Dapat duit okay!!! Hobi yang bermanfaat namanya =) Tapi bila orang buruk sangka dah hilang manfaat aku rasa. Buat semak otak hoiii!!!

Semakin susah utk bergambar bersama. I think she's fed up already hahaha. Gambar ini ditujukan kpd mereka yg sokmo request nak tengok gigi aku bila bergambar. Puas hati? Yes. Aku mmg ada gigi =B









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat