Batu Api

Tolonglah jangan menghakimi aku melalui penulisan disini. Inilah yg aku minta pada pembaca sekalian. Tidak semua yang aku tulis disini menggambarkan keseluruhan cerita. Semuanya sudah ditapis kerana mengambil kira sensitiviti banyak pihak. 

Jangan kerana anda salah tafsir dengan penulisan disini, anda kemudiannya menghebahkan kepada orang lain & menjadikan ianya satu isu yang besar sedangkan sebenarnya ia tidak perlu menjadi begitu.

Sometimes memang aku rasa fed up sangat dengan orang yang suka membaca penulisan orang lain dengan cara yang negatif. Sebaik mana pun aku menulis utk mengelakkan sebarang salah faham, akan tetap ada orang yg salah sangka.

Maybe aku yg tak pandai menulis agaknya. Aku malas lah nak cakap hati orang yg membaca masalahnya sebab nanti kang kata macam la aku ni baik & betul sangat kan?

Tapi sejujurnya memang aku stress dengan orang yg selalu fikir -ve dulu instead of +ve. Aku dah mula rasa blog nie bawak byk masalah dalam hidup aku sebab orang-orang sebegitu. Bila aku cakap nk tutup blog, ramai pulak kawan yg bg support soh continue & abaikan the -ve aura tu. Serba salah aku dibuatnya.

OK. Takpelah nak buruk sangka kat aku pun. Tapi aku harap tolong jangan menyebarkan cerita sampai menjejaskan kehidupan aku. As long as ianya tak menjejaskan hubungan baik aku dengan orang lain, aku masih boleh bertahan. Tapi kalau kerana hati busuk anda menyebabkan kebahagiaan aku tercalar, aku takkan berdiam diri.

Susah kalau dalam kehidupan kita ni ada batu api. Penghasut sana sini suruh orang bencikan kita. Cukuplah sorang aje wujudnya. Tunggang terbalik hidup kita dibuatnya. Pantang kita salah tulis sikit, laju aje dicanangnya kesana sini. Manusia jenis ape macam ni? Suka agaknya tengok orang bermasam muka & tak bertegur sapa. Pelik aku.

Ya Allah, janganlah ada orang sekeliling aku yg termakan hasutan dari mereka yang berniat jahat terhadapku dan peliharalah hubungan baik aku dengan semua orang. Amin ya rabbal alamin.


p/s: Sharena, sila lebih berhati-hati menulis ini future. Baiklah. InsyaAllah. Moga Allah permudah. Harap sangat dpt handle ujian ni dengan baik. Thanks habi for your support. Only you & Allah knows better for who I am. Kepada Allah aku berserah.










Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat