Bubur Manis

Homai...sedihnya wifi FREE kat rumah dah yillek. Looks like the owner dah move out ke ape ntah. Setelah berbulan-bulan free access, at last berita sedih pon sampai. Semalam balik je dr Semenyih terus pelik nape takde notification wifi neh? Rupanya line Zyxel dah tak wujud lagi. Tetibe ada line baru yang protected using unifi. Sedih wohhh. So skrg bermula kembali kepada tiada internet dirumah. Boring. Huhuhu....

Ya Allah badan neh terasa lemah-lemah aje lately. Rasa macam nak demam pon ade. Tapi tak demam-demam jugak. Pastu kan, banyak betul cam kahak ke ape ntah lendir dalam throat neh. Maybe sebab setiap malam pon tido pakai ekon. So begitulah jadinya. Benda nie dah lama aku noticed cuma lately pepagi tu rasa tak tahan betol nak meludahkan lendiran tu semua. 2-3 kali mesti terjadi punya. Agaknya selagi aku masih tido dlm ekon, lendir ni mmg takkan hilang lah kot huhuhu. Tak tahan weyh nak tido tanpa ekon. Kepanasan cam cacing pulak aku nanti hehehe

Gaya aloya mengeluarkan lendir dlm tekak dah macam orang preggy pon ada. Hahahaha. Jangan salah sangka yer =P

Biasalah aku kadang feeling-feeling kunun preggy. Pastu nanti tiba masanya, berkibar jugak bendera Jepun nya. Mainan psikologi jer. Dah puas kot kena gelak dengan habi. Asal rasa badan tak fit aje mesti nak guna alasan 'entah-entah orang preggy tak bang?'. Habi senyumkan aje sekarang. Dah tawu taktik bini dia neh. Hahaha. Dah tak boleh pakai la ekk alasan tuh?

Tetibe skrg aku jd mcm rajin ke dapur. Dah 2 kali buat bubur keledek & labu. Macam sedap la pulak makan. Naurah pon macam suka jugak. So smlm beli keledek & bubur chacha. Malam nie boleh buat lagi lah. Tak susah pon. Lebur je semua dalam periuk, letak gula melaka & santan. Siap! Masuk dalam peti ais sejuk-sejuk memang heaven. Maklum la skrg kan musim panas. Dapat yg sejuk memang best ah.

Alhamdulillah pagi ni dah hujan. Sejuk sikit cuaca kat sini. Syukur....








Popular Posts