Cakes, Laksa & Ketupat Sotong

Lately badan sentiasa rasa letih padahal takde buat kerja berat pun. Perut pon banyak angin & rasa tak selesa. Habi helps me a lot by massaging me with oil at the back of my body. Siryes rasa lega banyak lepas habi urut. Masalahnya after that habi pulak yg manjang sendawa & buang angin yg dia dapat drp aku. Hehehe. Sorry yer habi. Badan bini awak nie memang banyak angin sebenarnya. Tapi segan nak pergi berurut dengan badan penuh lemak macam nie. Boleh pakai ke alasan neh? =P

Ada 1 hari tu habi urutkan pastu a few hours after that perut aku memulas macam hape. Bila ke toilet yg keluarnya cuma angin. Ubat urut yang pakcik jiran hadiahkan pd kami tu memang sangat membantu. Terima kasih pakcik. Habi punya tangan pon boleh tahan bila bab mengurut neh. Pandai aje dia carik sendi-sendi yang rasa lega gila bila ditekan-tekan. Aku selalu tertanya if kalau aku yg urut dia, dia rasa lega tak macam yg aku rasakan bila dia urut aku. Aku rasa aku mcm hentam keromo aje picit mana yg patut. Sorry ye habi sbb bini ni tak pandai mengurut sangat. Main bantai aje hihi.

Weekend yg baru lepas adalah best walau ada juga berita tak baik. Kisahnya begini. Malam Jumaat tak dapat nak gerak ke rumah Kak Ya sbb habi tetibe migraine. So pagi esoknya kami baru gerak & after ambil Kak Ya & Emriel, terus breakfast & shopping kat Kafu. After shopping terus la tungkus lumus masak Siakap Stim Lemon, Ketupat Sotong & Laksa. Tetibe mak call ckp dia nak datang all the way from Johor. Hepi gila. Deme sampai rumah around 10pm & dlm pkl 11.30pm dpt call from Batu Pahat. My uncle passed away due to heart failure.

Since deme semua pon baru sampai, so postpone lah nak lawat jenazah esok paginya. Takpelah tak sempat hadir masa kebumi asalkan pergi juga kesana. So around 11am esoknya deme bertolak semula ke Johor. Sekejapan aje dapat jumpa my parents. Manusia hanya mampu merancang kan?

So after Zohor aku sekeluarga pun balik ke BBST semula & do some groceries shopping. Thats how my weekends ends. Penuh tapi puas. Eyhh..Kak Ya belikan aku pelbagai kek from Secret Recipe. Thanks sister! Ada kek baru yang sangat sedap huhuhu. Hari nie celebrate my birthday at the office. Nak ke SR cari cake itulah =D Harapnya dah ada kat SR Cyberjaya neh. Kuciwanya kalau kek tu masih tak available here tskk....

The cakes =)

Rambut yg terpaksa dibotakkan gara-gara dia gunting rambutnya sndiri =P

I hate to say anything

The Laksa Penang

Ketupat Sotong...nyummmsss
Resipi ketupat sotong sangat mudah yer. Santan, pulut, sotong, bawang merah, halia, gula, garam & halba. Itu je bahan-bahannya. By the way halba aku tak letak pon sebab lupa. Tp itu tak menjejaskan rasanya lansung. Tetap sedap dimakan begitu saja. Naurah kata bubur sebab ada pulut yang terkeluar drp sotong tu kan. Sotong dia taknak makan...nak pulut & kuah santan aje huhu. A must try recipe =)











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat