Cerita Jem

Alhamdulillah masih hidup lagi hari nie utk menulis 1 lagi entry kat sini.

Semalam kami balik ke BBST & jem adalah maha teruk. Bertolak dari rumah exactly at 1 o' clock and bajet memang takkan harung jem lah. Tapi ianya sekadar impian kosong bilamana belum nak sampai Ayer Keroh pon macam dah sesak. After Ayer Keroh the traffic still moving but only for 20km per hour. Masak oiihh nak sampai ke exit Nilai kalau macam tu. So habi decided masuk exit Pedas/Rembau/Linggi but end up jem teruk jugak kt situ. Mana-mana jalan pon takbley.

Nak taknak kami harung jugaklah sampai ke entrance Lekas at Senawang. Dah masuk Lekas barulah lega & boleh memecut. Perjalanan yg selalunya memakan masa 4 jam termasuk 1 stop akhirnya memakan masa selama 6 jam termasuk 1 stop semalam. Gila ahh. Selalunya kami memang bernasib baik tak harung jem teruk macam semalam. Tapi kali nie tak dapat pulak keistimewaan tu huhuhu. Kesian kat Naurah la sebab penat kot ddk dlm kereta lama-lama sampai dia pon jd cranky. Sedangkan aku pon rasa cam nk mengamok, inikan pulak dia. Haihh...sangat dugaan.

Sampai satu masa aku rasa nak pegi hotel dulu berehat & sambung jalan lewat malam or awal pagi. Dah lama tak harung jem so memang rasa super duper stress lah. Respect kat habi sebab dia maintain cool aje padahal dia yg spttnya lebih stress drp kami kot. Drive for 6 hours with the jem things. Perghhh...mmg menguji kesabaran mental & fizikal. Dah la kereta manual kehkehh. Tu pasal la aku tak prefer manual yer. Gasak la orang kata auto tu takde cabaran ke ape..yg penting pd zaman skrg ni ianya lebih praktikal drp manual.

By the way semalam mak bekalkan kami banyak betul lauk pauk. Kak Ya pon tumpang kami sampai ke ERL Salak Tinggi. Kereta berat gila sampai sometimes jejak ke tayar bila lalu jalan beralun. Habi, skrg sudah ada alasan lebih kuat utk tukar kereta lebih besar kan? Hehehe. Kalau nk ikot kami 3 beranak ni aje Kelisan biru aku pon muat takde masalah. Tp bila campur dengan penumpang yg selalu menumpang bila balik kampong, ianya sudah kurang praktical eventho with Myvi. Bonet Myvi kan pendek. Mane boleh masok byk brg sangat kan? Beg 3 beranak je dah beso gabak. Tambah 2 penumpang lagi dgn bekalan mak lagi....perghhh...mmg rasa penuh sesak keretanya.

Apepon balik kampung aritu dapat berita tambahan ahli ke Medan Trip next week. Tetibe abang aku & Emriel join the group pulak. Kak Ann tak dapat join sbb ada exam. So total group members skrg sudah jadi 10 pax with 2 children. Gila packed la Innova mcm tu. Aku rasa mcm kena tambah kenderaan pulak. Hurmmm...






Popular Posts