Hari Ini

Pagi nie hantar Naurah kat taska & tengok budak-budak macam sikitnya. Bila tulis nama dekat buku rupanya Naurah budak yang kelima. Aku rasa ramai parents dah ambil cuti hari ni kot sempena Hari Raya Korban esok. Jalan pun agak lengang kat pekan BBST.

Malam nie after Maghrib kami akan bertolak balik ke Johor. Tak sabar nak jumpa adik beradik semua kat sana. Atok & Nenek pon sokmo call nak cakap dengan Naurah. Rindu agaknya. Budak tu pon semakin petah bercakap & dah pandai berborak dalam phone. Dulu sokmo merenung henfon macam berfikir macam mana suara Atok boleh keluar kat sini eyh? Hahaha. Maybe that was what she thought at that time.

Hari ni aku berpuasa sunat utk hari yg ke-4 dalam minggu nie. Rasa lebih bersemangat nak berpuasa sebab mengenangkan 10 hari terawal di bulan Zulhijjah memang besar fadhilat pahalanya. Like hari ni which is 9 Zulhijjah merupakan hari orang yang menunaikan haji wukuf di Arafah. Bagi kita yang tak menunaikan haji, digalakkan berpuasa kerana pahalanya adalah dengan harapan Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita pada setahun yang lalu & setahun yang akan datang. Best kan?

Looks like hari nie menapau makanan kat luar ajelah utk berbuka puasa sebab malas kot nak basuh pinggan semua kalau memasak. Nanti melambatkan kami bertolak balik Johor pulak. Sampai lewat malam sangat pon tak best jugak pasal nanti mengganggu tidur Naurah. Pastu dia susah pulak nak tido balik bila dah jumpa Atok sama Nenek plus her cousins la kalau ada.

Kat ofis hari ni pun cuma tinggal kami berlima. Yang lainnya semua dah bercuti. Yang best sikit cuma company bagi balik awal sejam sempena HR Korban esok. So 4.30pm dah boleh chow sin =)






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat