Hibernate Time Is Over

Salam Jumaat semua =)

Minggu ini merupakan minggu pertama bos takde kat opis. Semuanya nampak macam terkawal aje. Bezanya suasana lebih santai & takde pressure. Semua orang pon relax & happy. Bukan relax bermakna tak buat kerja...ahhh korang paham-paham lah sendiri guane.

Sebelum nie sebab bos ada maka aku memaksa diri utk sentiasa cergas & tuntas dengan segala arahan dia. Bila dia dah takde, aku jadi lemah & lembab barangkali. Hahaha. Macam takde something yang 'drive' kita utk pergi bekerja tau. I'm kinda lost actually. Ahhh..banyak jugak pengaruh bos dalam diri aku nie rupanya dalam hal kerja. Macam tak percaya tapi percaya ajelah.

Ada bos jadi stress, takde bos jadi lost. Sabokan ajelah....

Anyway for a few days back I found something that can drive to go to the office dengan semangat yg waja. Malangnya benda tu tak illegal & aku pon taknak la jd selfish sebab ianya mempengaruhi orang lain jugak. So I try to stop myself & back to my before daily routine.

Kawan seangkatan....nantikan kemunculan aku disana ngehngehhh =P

Nothing interesting to share with you guys. This weekend cuma plan nak settlekan cat rumah. A few weeks back memang takde berjalan kemana. Giant pon dah lama tak pergi. Habi quite bz so aku pon malas nak ajak dia meronda sebab tengok dia sangat penat dengan kerja. Pulak skrg nie musim hujan. Pon membuatkan malas nak keluar kemana-mana. Nak hibernate dalam rumah aje guling-guling dengan Naurah =)

Takpelah. Next week pon dah Raya Haji & we are going back to Johor. Last balik sana masa Raya Puasa. So its about time lah utk bersuka ria di kampung. Not long after that Medan Trip akan menyusul. Moga semuanya berjalan dengan baik-baik saja. InsyaAllah.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat