Hobi Suami

Hari nie habi pegi tengok bola lagi kat stadium. Semalam dia called mintak izin nak pergi tengok. Sweet tak habi saye? ^___^ Sebenarnya tak perlu mintak izin pon kan? Dia kan ketua keluarga. Dia ada hak nak decide for himself nak pergi atau tak. Layak ke aku sbg isteri nak menghalangnya yerp? Hurm...rasa macam bukan hak aku aje. Whatever it is, I know he did it utk kerukunan rumahtangga. Tak perlu tapi tak best kot tgk muka bini masam mencuka sebab kecil hati ke ape. So, better dia bertanya. Nothing to loose pon kan?

Sebenarnya bagus jugak konsep macam nie. Hati kita as a wife pon happy sebab rasa dihargai pendapat kita ni. Kita pon lebih reasonable utk memberikan kata putus. Macam tak sampai hati pulak nak said NO bila orang mintak baik-baik. Orang berbudi, kita berbahasa. Bertolak ansur lah sesama kita.

Aku selalu baca dalam pelbagai kisah suami isteri tentang jangan dihalang hobi suami neh. Kalau kita halang, nanti dia rasa tak best sbb bila kahwin, hobi terhalang. Mulelah memendam rasa & sebagainya. Dalam kes aku, dikira untung jugaklah sebab habi tidaklah selalu sangat nak ke stadium. Tahu situasi masa bujang & dah ada anak bini ada perbezaannya. So aku tidaklah rasa berat hati nak bagi dia pergi sebab tak selalu. Syukur ajelah dapat habi yang tak pentingkan dirinya sahaja.

Aku paling takut sekali kalau dapat suami yang kaki pancing huhuhu. Sebab kaki pancing nie merata lubuk dia nak cuba. Boleh kata tiap minggu mesti nak lepas gian. Tempat ceruk mana pon sanggup diredahi. Lagi satu aku mesti mudah risau kalau laki kaki pancing. Sebab masuk hutan gunung ganang sana sini. Tang keselamatan tu sangatlah membimbangkan. Jadinya aku lebih pasrah dpt laki yg hobinya bola. At least kurang bahayanya ye dop?

Yelah. Bahaya tu ada saje dimana-mana. Tp setiap hobi tu tetap ada tahap kebahayaannya. Suami opismate lagi best. Hobi suami dia tentang segala gadget komputer, henfon dsb. Lansung tak bahaya tak? Dia memang selalu ada dirumah tetapi kalau dia ralit sangat kita pon jadi tensi kan? Hahahaha. Ralit sampai tak hirau anak bini. Ada kat rumah tp tak serupa ada. Tak best jugak gitu hehehe...

Pd aku lah..ape hobi pon yang paling penting diri suami kita tu sendiri. Dia kena pandai bataskan segala hobi dia supaya anak isteri tak rasa terabai & sebagainya. Boleh. Tapi kena ada kawalan. Untung lah dapat suami yang pandai mengawal dirinya. Maka terhasillah keluarga bahagia. InsyaAllah. 

OK. Dah boleh pasang lagu nasyid Saujana - Keluarga Bahagia =D


p/s: satu je aku kurang suka bila habi ke stadium. sbb kena tumpang opismate utk balik rumah. segan & rasa menyusahkan orang walaupun dia kata tak susah sbb 1 jalan. walau dh belanja nasi lemak once in a while, tetap rasa tak bape gemor huhu





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat