Kehendak Vs Takde Kehendak

Starting from today, habi ada exhibition kat hotel sebelah neh. Semalam lagi dia dah bz set up booth bagai sampai aku pon kena tumpang opismate balik rumah sbb dia byk benda nak kena settlekan. Nasib aku utk hari ni & esok masih belum dapat dipastikan. Ada harapan menumpang orang lagi gamaknye -.-"

Aku sekarang nie sokmo mengugel design car porch with pebble wash. Tengok macam cantiknyer. Haha..yelah memang cantik. Tapi nak buatnya at least kena ada RM5k. Haihh..entahlah. Serba salah aku dibuatnya. Sekarang ni banyak benda nak buat yg melibatkan duit tapi masih pening nak dahulukan yg mana sebab duitnya ciput aje.

Kehendak tu aku ingatkan dah takde. Tetibe datang pulak kehendak yg ini. Gara-gara cat car porch la neh. Bila cat dah lawo, kalau pasang tiles lagi la lawo kan? Membuak-buak pulak semangat nak tengok rumah tu berubah wajah sikit didepannya. Pastu fikir pulak dah alang-alang nak buat, buat jelah yg puas hati bebetol. Tu yg selok nak campur tiles dgn pebble wash pulak. Bertambah lagi kosnya. Adoiiyaiiii....

Semua kehendak kalau kita nak tunaikan dengan duit cash memang senak ork?

Aku tengok orang ramai renovate rumah macam perghhh kaya ahh deme nie reno rumah cantik-cantik. Banyak duit cash nyerrr. Aku entah bilanya nak mampu ntah. Aku memang fikir orang reno rumah pakai cash aje. Hehehe. Tak betul meh?

Tapi aku setakat nak pasang tiles kat car porch takkan nak kena buat loan kot? Macam sengkeknya ko...hahahaha. Tak terfikir pon iyer. Aku selok la nak mengumpul duit neh utk merelisasikan impian. Memang boleh. Cuma makan masa sikitlah. Suku pertama tahun depan cukup dah klu kumpul dari skrg. Habi sekarang dah taknak 60-40 macam dulu. Yelah..maybe pada dia aku dah mampu utk 50-50 since kereta dah tak perlu bayar & burden pon sikit aje. Banyak lebih duit gaji so dah boleh bahagi perbelanjaan sama adil.

Aku bukannya berkira, tapi aku rasa sbg ketua keluarga, dia kena jugak keluar duit lebih sikit drp aku. Lagipon dia tu sebenarnya banyak duit. Huwaaaa...tu yg aku tak puas hati tu! Arghhhhh...tekanan!! Dia banyak duit tapi semuanya dia nak simpannnnnnn aje. Guane? Ape pon takbley klu semuanya nak menyimpan.

Aku faham utk kesusahan dimasa depan yg kita tak tahu. Tapi kehidupan skrg pon perlulah ditunaikan kehendaknya. Masalahnya skrg dia tu takde kehendak. Semuanya kehendak aku & dia macam terpaksa aje follow. Owhh..salahkah aku nak rumah tu jadi cantik & lebih selesa utk kami? Sobsobss

Manfaatnya bukan utk aku sorang. Utk semua kan? Am I too selfish on this?

Aku rasa memang betullah orang kata, rumah kalau takde orang perempuan memang jadi tak lawo. Hahahaha. Lelaki ni mudah puas dengan benda basic aje. Contoh OK dah ada rumah. Duduk jelah rumah tu asal dia boleh bagi ko tempat teduh. Itulah perlunya rumah kan? Utk tido, makan, mandi. Tak perlu nak lawo-lawo pon. Asal atap tak bocor dah OK lah tu. 

Renovate? Alah..pakai ajelah rumah yg sedia ada tu. Dah ada 3 bilik tetamu. Cukup lah tu. Buat apa nak besarkan lagi? Dapur tu dah OK dah. Bukan nak masok sampai 40 orang pon dalam dapur tu.

Kereta. Alah..kereta tu elok je lagi masih boleh berjalan. Tak rosak pon. Kenapa perlu tukar? Sofa dah buruk gila. Alah...sofa tu boleh je buat duduk lagi. Kaki dia tak patah maaa. Kenapa perlu tukar? Washing machine dah tahap kena pakai playar nak pusingkan knob. Eyhh..masih boleh basuh baju lagi tu. Dia masih berpusing. Kenapa perlu tukar?

Arghh..how can men think like this?????




Popular Posts