Lebih Baik Begini

Aku nie suka sangat tengok salah orang. Sibuk nak elaborate tentang kesalahan orang yang aku nampak. Padahal diri sendiri nie punyalah banyak lagi kekurangan. Memang senang nak nampak kesalahan orang lain kan berbanding bermuhasabah tentang diri sendiri. Seronoknya kita bila bergosip tentang itu & ini tentang hal orang lain. Tak sedar diri padahal diri sendiri pon jadi bahan umpatan orang lain jugak. Pi mai pi mai tang tu jugak. Alahai.....

Fikiran ni terlintas bila aku hampir saja menulis entry tentang kesalahan seseorang dimata aku. Dan tiba-tiba aku rasa tak baiknya nak tulis tentang salah orang. Ape aku ni dah sempurna sangat ke? Sama sekali tidak kan? Adakah manusia yang sempurna? Sedangkan Nabi SAW pun pernah ditegur oleh Allah SWT dalam beberapi siri kejadian dimasa dahulu. Inikan pula kita yg cuma manusia biasa. Alahai....

Aku suka bercerita tentang kisah diri aku disini. Ia mengelakkan aku drp bercerita tentang keburukan orang lain. Sometimes aku juga membuka pekung di dada dengan niat mungkin boleh dijadikan iktibar kepada sesiapa yang membacanya. Itu sahaja. At least ianya tidak melibatkan dosa kepada manusia yg lain. Tidak perlu minta maaf dan sebagainya. Namun ada juga yang mengatakan ianya tidak perlu diceritakan kerana bersifat peribadi. Biarlah. Manusia itu ada pendapat masing-masing. Aku masih bertegas yang pentingnya ia bukan tentang kisah orang lain. Cerita itu milik aku. Hak eksklusif aku. Terpulanglah pada aku nak bercerita mahupun tidak.

Ianya memang bersifat peribadi. Tapi masih tidak keterlaluan utk dikongsikan. Ianya boleh menjadi sumber ilmu bagi yang mencarinya. Ianya boleh menjadi tauladan & sempadan sekiranya perlu dibuat begitu. Ianya terpulang pada orang yang membacanya. Ada yang membacanya dari sudut yang positif & ada juga yang tidak. Terpulang. Ianya tidak mendatangkan kesan pada diri aku secara lansung.

Terlalu mudah utk melihat kesalahan orang lain. Aku melihat seorang rakan yang tidak pandai menjaga hati rakan yang lain. Selalu menuturkan kata-kata yang menyentuh sensitiviti orang lain. Sekali sekala dia juga suka bercakap besar. Tetapi dia rajin bersolat & katanya dia memahami maksud setiap ayat yang dibacakan di dalam solat. Dia juga seorang yang tidak kedekut berkenaan dengan kewangan. Bagaimanakah?

Aku juga melihat seorang rakan suka bercakap bagai nak rak berkenaan isu-isu agama. Dia juga suka mengingatkan rakan-rakan yang lain tentang amalan yang baik spt bersolat & berpuasa. Tetapi dia sepertinya cakap tidak serupa bikin. Berseluar pendek ketika main sepak takraw sedangkan katanya dia seorang AJK surau. Bagaimanakah?

Aku juga mempunyai rakan yang sepertinya sudah meninggalkan kegiatan 'playboy' nya dimasa muda. Dia mengatakan dia bersolat tetapi tidak pernah pula terserempak dengannya dimana-mana surau. Suatu hari aku terserempak dengannya bersama seorang wanita muda di restoran. Makanya aku tertanya-tanya. Kemudian dia bbrp kali spt mahu menerangkan siapa sbnrnya wanita muda itu sedangkan aku tidak pernah bertanya. Bagaimanakah?

Itu semua cerita tentang manusia lain. Selagi kita masih hidup didunia, kita akan berjumpa dengan bermacam perangai manusia. Memang sangat mudah mengesan kesalahan orang lain. Tidak ramai yang mahu menceritakan tentang kesalahan diri sendiri. Maka biarkanlah aku suka bercerita ttg diri aku spt kebiasaannya drp aku bercerita tentang kesalahan orang lain yg nampak dimata aku.

Ianya lebih baik begitu. Tak begitu?




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat