Penyakit Orang Kaya

Mak baru aje called tadi neh. Menyampaikan 1 berita buruk tentang my father. Dah dapat 1 lagi tambahan penyakit yer. Hurm...dah tua-tua memang ginilah dia. Berlumba penyakit datang menyerang. Lepas satu...satu datangnya. Kesian Abah +__+

Sebenarnya masa mak abah datang rumah Kak Ya weekend lepas, Abah ada mengadu kat aku tentang kakinya sakit. Dia kata masa tu dah 2-3 hari sakitnya. Since diorang planned kununnya nak ddk rumah Kak Ya seminggu, aku bajet nanti boleh la Kak Ya bawak Abah ke klinik ke hospital ke utk check apa tak kena dgn kakinya tuh. Tapi nak dijadikan cerita Ahad pagi dah balik Batu Pahat pasal nak melawat keluarga pakcik yang meninggal. So tak dapeklah nak membawaknye kemana-mana.

Mak cerita hari Isnin malam tu Abah dah kesakitan ya amat. So pegi klinik & doc check ala kadar & bagi ubat tahan sakit aje. Dia kata Abah angkat barang berat sampai sakit kaki. Macam tak logic je dengar tp dgn pain killer at least Abah dapat tido malamnya tuh. Tp by pagi dah sakit menggila semula. Adik ipar aku suggest pergi bekam jer. Dia selalu bekam kalau ada sakit-sakit badan ke hape. Okay katanya.

So 10pagi appointment & masa kat sanalah dapat tawu Abah rupanya sudah diserang penyakit gout. Penyakit orang kaya bak kata orang tuh sbb byk makan yg sedap-sedap sblm ni ek? So proses bekam pon berjalan & mak kata banyak darah hitam pekat yg deme sedut drp kaki Abah tu. Now dah lega & adalah ubat yg deme bagi. Pastu kena follow up la ikut jadual yg diberi. Tak lupa kena pantang makan. Gila banyak benda wo xleh makan. Kesian Abah aku.

Tp lega la sbb penyakit dah berjaya dikesan & bekam tu pon works for Abah. At least kami anak-anak yg jauh ni tidaklah risau sangat dgn Abah. Lega dia dah okay & tak menanggung kesakitan lagi. Tak sabar nak balik Johor raya haji nanti. Siryes tak puas jumpa deme weekend lepas +__+






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat