Perasaan Seorang Ibu

Menjadi seorang ibu kalau boleh kita nak semuanya perfect untuk anak kita. Kalau boleh taknak jadi cuai yang boleh menyebabkan anak kita dalam kesakitan. Bila tengok anak sakit, betapa pilunya hati kita melihat keadaan dia. Kalau boleh memang nak sangat bertukar tempat dengan anak biar diri kita yang menanggung segala kesakitan. Itulah perasaan seorang ibu. At least for most of moms in this world.

Walau betapa berazam nya diri kita utk tidak membuat kesilapan dalam membesarkan anak, akan tetap ada kejadian-kejadian yang tak dapat dielakkan. Accident or mistakes do happen no matter how much be careful we are. It just that bila ianya berlaku, kita cuma dapat berjanji dengan diri kita utk mengelakkannya terjadi lagi di masa depan. Walaupun kesilapan yang berlaku merupakan perkara yg sangat kita tak suka, tapi kebaikannya ialah we learn something from the mistakes.

Pada aku memang betul kesilapan tu membuatkan kita menjadi lebih baik drp sebelumnya. Makanya kesilapan itu juga penting. Cuma kalau boleh taknaklah terbuat kesilapan yang melampau sampai kita rasa tak boleh nak memaafkan diri kita sendiri. Kesilapan pun ada batas & hadnya ye tak? Whatever it is, selagi kita berpegang pd qada' & qadar Allah, insyaAllah kita akan dapat mengharungi segala kesilapan yang kita lakukan dengan baik.

Setiap perkara yang berlaku pd diri kita samada baik ataupun buruk, pasti ada hikmah disebaliknya. Yakinlah dengan rahmat dari Allah.

Aku masih ingat lagi masa aku kecik. Maybe masa tu umur dalam 5 tahun kot. Kejadian nie pun semakin lama semakin pudar dalam ingatan aku. But I still remember some part of it lah. Being budak-budak yang cetek pemikirannya, apa yang ada dalam otak tentunya main, main & main. Yang kita tahu cuma nak berseronok. Samada keseronokan tu akan membawa impak yg negatif pd diri kita, itu semua tak penting. Jadi yg tukang fikir tentang benda buruk yg mungkin berlaku pd diri kita ialah mak abah. Kita ape pedulik? 

Mungkin semua kanak-kanak sememangnya susah nak mendengar kata. Lagi ditegah, lagi kita rasa nak buat. Ingatan aku tentang kenakalan masa kecil hanya ini. Aku bergayut di ampaian menyidai pakaian tetapi pd hari itu abah baru habis meracun rumput di kebun & menggantung tong racun besi yang berat pd ampaian. Being me as a child, walaupun namanya budak perempuan, aku suka lah sangat bergayut kat sebarang tempat yg boleh digayut. So tanpa berfikir panjang, aku pon bergayut di ampaian yang diatasnya abah gantung tong racun utk bg cepat kering.

Gayut punya gayut, akhirnya tong racun jatuh & menghempap kepala aku. Muncung tong racun yang berbentuk tirus betul-betul jatuh atas bahagian tengah kepala aku. Apa yang aku ingat selepasnya cuma mak menekapkan telapak tangannya pd kepala aku & aku melihatnya berdarah. After that aku tak ingat apa. Maybe pengsan gaknye.

I am imagining how my mother felt at that time. Dulu sebelum ada anak aku tak terbayang perasaannya. Tp bila Naurah lahir, akhirnya perasaan itu hadir. Menjadi seorang ibu memang satu anugerah yang sangat besar dalam hidup aku. Perasaan yang tak pernah aku kenal akhirnya datang. Alangkah berbezanya kasih sayang antara seorang ibu dengan anaknya dengan kasih sayang yg lain di dunia ni. 

Dulu aku selalu geram & tak faham kenapa ada parents yang tetap back up anaknya padahal ramai orang kata anak dia jahat & sebagainya. Tapi bila dah jadi ibu, baru aku faham kenapa boleh jd macam tu. Itulah kasih sayang namanya. Yang membutakan hati & minda secara sengaja ataupun tidak. We just don't want to accept the truth about our children even though we know it is the ugly truth. Kasih sayang sememangnya boleh membutakan segalanya. Logik akal pon mampu ditolak ketepi. 

Perasaan itu Allah anugerahkan kpd manusia seiring dengan akal. Alangkah indahnya mempunyai perasaan. Tanpa perasaan, mungkin manusia itu sama seperti robot.


p/s: hasil tong racun jatuh atas kepala, if diraba dengan tangan tgh kepala aku ni, memang berlekuk yg agak dalam. siapa yang merasanya mesti macam takot =P klu x berlaku kejadian tu mesti aku genius skrg gaknye..hahaha







Popular Posts