#ProjekMengecat2012

Ditegah pon tak bawak kesan

Tak kira anak lelaki ke perempuan..tetap suka memanjat bila ada peluang

Sabar yer habi...hehehe..nampak kete JHT aku disana. LOVE.

Ingat ko aje yg ada #ProjekBaking Mekna? Hahaha #tetibe

Inilah aktiviti kami pada weekend yang lepas. Cat car porch dengan kaler putih dulu yerp. Setengah hari la keje ni dapat siap. Yang paling bertungkus lumus semestinya lah habi. Hehehe. Abes takkanlah aku yang nak kena panjat tangga gitu kan? Buatnya jatuh tak pasal-pasal mc seminggu. Mengamok bos balik cuti haji nanti. Hewhewww =P

Aku tolong mana yang rendah ajelah. Pastu nak kena masak pulak. So memang tak dapek la nak nolong banyak. Sebab hari hujan drp pagi, so kami start kerja dah tengahari bila dah gerimis aje. Lewat petang baru cat yg bahagian luar & syukur sangat malam tu tak hujan & Ahad paginya panas terik. Memang tak kena masa betul buat projek mengecat ni dah akhir tahun. Sokmo hujan pagi membawak ke petang.

Siapa yang bertangguh buat projek ni drp raya puasa sampai dah nak masuk raya haji? Haa...org tuelah yang kerja keras weekend lepas. Paham-paham ajelah siapa. Hahahaha...

Aku lupa pulak nk snap porch dah cat putih semua. Terasa suci murninya rumah kami. Sesuci hati orang yang menginap didalamnya ewahhhh. Sape lagi nak perasan kalau bukan diri sendiri kan? Hihihi

So weekend ni kita mulakan dengan projek mengecat kaler sebenar porch ini nanti. Make over time. Hoyeahhhh! Unsabar...Nantikan update projek mengecat seterusnya.


p/s: bila cat jatuh terpercik kat simen porch, terus rasa macam nak pasang tiles ^___^ haiii lahhhh manusia....x pernahnya rasa cukup! berapa agaknya kos yang diperlukan utk upah orang pasang tiles yerp? maybe blh diusahakan =)






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat