Resipi : Air Asam

Semalam tetibe rasa bersalah sebab dah lama tak pakai oven utk memasak. Tak boleh jadi neh. Nanti rasa tak berbaloi pulak beli oven sebab tak digunakan. So aku pon buatlah ikan kembung bakar dalam oven. Ikan tu aku cuma curahkan air asam jawa aje. Pastu letak la hiasan potongan bawang besar, tomato & carrot. 40 minit masak pd suhu 200. Tingg siap! Senang aje kan memasak neh? Main campak-campak aje =)

After that aku goreng kailan & pecah telur sebiji. Usually buat kailan ikan masin or goreng belacan. This time buat pecah telur pulak. Not bad juga rupanya. Pastu dah siap meh memasak? Aihh tak feel betul cepat sangat siap memasak neh. So aku pon buat telur dadar 3 biji letak udang kering & mayonis. Then dah fikir lagi nak buat ape lg neh? Habi pon tak siap lagi kemas rumah. Boring ah gini kan?

So aku pon keluarkan segala bahan yg ada utk cuba buat air asam buat pertama kalinya walaupun sambal kicap mmg dh sedia ada dlm fridge. Hari Jumaat tu ada baca dalam 1 blog neh ttg cara buat air asam cam kat kedai makan tuh. So aku pon try la dgn gunakan bahan yg ada. Hasilnya memang mabeles you alls. Senang pulak tu main gaul-gaul aje. Bila soh habi rasa, dia kata LULUS ^___^

Ape kata korang pon try. Aku buat semangkuk besar semalam licin terus. Habi siap mintak tambah kuah asam lagi huhuhu. First time buat kalau sedap memang seronok kan? Tekak aku x penting sangat. Tp tekak habi tu yg sangat diambilkira. Tekak aku nie semua pon sedap klu dapat kat dia. Tengok badan la kan? Hahaha -.-"

kredit to gugel


Bahan-bahan:
Limau nipis
Tomato
Asam Jawa
Gula
Sos Ikan
Belacan
Lada Merah
Cili padi
Bawang besar

Cara-cara
1.   Hiris bawang merah & lada merah. Tomato dipotong dadu. Potong limau nipis sebiji & perahkan pd bwg merah & lada tadi. Letakkan bbrp titis sos ikan
2.   Asam jawa tu letak air & ramas buang bijinya. Airnya tu di ramas dgn belacan & gula. Cili padi ditumbuk kasar dlm lesung.
3.       Satukan semua bahan & gaul rata. Siap.

Untuk Naurah pulak aku masakkan nasi lembik bersama carrot. Banyak dia makan =) Sekali sekala feeling kan dia masih baby pon best jugak hehehe

Sbnrnya takut stools dia keras end up temperature badan naik. Namonamo!






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat