Resipi : Kuey Teow Sup Keledek



Sekarang nie malas benar nak masak nasi. Macam boringnya masak nasi pastu masak lauk pauk. So kalau shopping groceries sekarang wajib beli mee kuning or kuey teow. Nak masak yang berkuah. Goreng-goreng pon dah naik menyampah hokay!

So semalam aku cipta resipi kuey teow sup keledek. Selalunya orang letak keledek dalam mee bandung aje kan? Kali ni aku saja nak mencuba kelainan & hasilnya tetap la sedap. Sup tu kuahnya jadi pekat sebab keledek lenyek. Very nice makan dengan sambal kicap huhuhu...

Lets chekidout the recipe...

Bahan-bahan:-
Kuey teow sebungkus
Rempah sup
Sotong
Udang
Fishball
Udang kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Tomato
Carrot
Kayu manis & bunga lawang
Garam

Cara-cara:-
1. Celur kuey teow dalam air panas & asingkan.
2. Kisar bwh merah, putih, udang kering & halia. Tumiskan bersama rempah sup, kayu manis & bunga lawang
3. Bila bahan tumis dah mendidih, masukkan carrot, sotong, fishball & udang. Tambahkan air & biar mendidih. Masukkan keledek lenyek & tomato. Letak garam secukup rasa. Siap!

Lagi satu aku suka masak juadah mee-mee ni bila sampai rumah lewat. Sebab masak mee tak ambil masa yang lama. Lebur je semua dalam periuk huhuhu. Selamat mencuba!




Popular Posts