Saranghae Lee Min Ho!

Sowi lah takde ape nak bebelkan hari nie inchik blog. Boleh tak aku bayangkan blog aku ni lelaki? Perlukah blog ada jantina? Hahahaha..suke sgt fikir benda tak munasabah aku ni =P

Oii..kalaulah blog ini sehemsem Lee Min Ho...mungkin satu hari ada 10 entry drp aku. Kerlassssss hahaha...Musim angau spt waktu remaja pd pelakon hemsem telah kembali melanda. Kadang aku membayangkan aku adalah perempuan Korea yang cantik & sweet sedang dating dengan Lee Min Ho di taman bunga. Yer. Sama sekali takkan membayangkan muka aku sendiri sebab rasa bersalah pada habi. Apekahhhh??? O__O

Selain drp itu, rasa tak sepadan lansung diri aku yg gemok ni pegi dating dengan Min Ho yang tinggi & kurus tuh. Wakakaka. Dalam imaginasi pon tak sanggop OK nak membayangkan orang yg tak lawa berpadanan dgn yang hemsem. Tak koser aku kekeke. Yelah..secara realitinya bukan senang nak jumpa pasangan yang sama cantik sama padan kan? So dgn berangan nielah baru dapat membayangkan yg indah-indah. 

Semua orang pon secara semulajadinya sukakan pd kecantikan & keindahan kan? Rasulullah SAW walaupun baginda jarang memakai pakaian baru, tapi baginda tetap nampak kemas & berbau harum. Dalam solat pon sunat kita berpakaian cantik & memakai haruman kan? Tiada salahnya bagi aku bila kita menyukai pd kecantikan & keindahan. Kerana ianya juga dituntut dalam agama.

It just that 2 pekara ini agak subjektif lah. Pandangan mata setiap orang pd kecantikan tu berbeza-beza. Ada yg kata perempuan free hair itu lebih cantik drp yg memakai tudung. Apo nak dikato? Pada aku kalau benda yg berkaitan dengan hukum Allah ni samada kita suka atau tak suka ianya bukan satu pilihan. Bilamana kita menjadi seorang muslim, kita wajib utk mengikut peraturan yg datangnya dari Allah SWT. Tiada kompromi lagi. Patuh, dapat pahala. Tak patuh, dapat dosa. Pilih ajelah.

Sedang aku berangan sedang berdating dgn Min Ho di taman bunga, tetibe phone opis berdering. Ohh habi...kenapa selalu kacau daun kalau aku tengah memikirkan tentang Min Ho? Hohohoho =P


Harap drama City Hunter kat 393HD ada siaran pd waktu malam. Nak tengokk!!!!





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat