Warkah Buat Bos

Rekod!!! Pukul 10 baru menaip kat keyboard huhuhu....

Hari nie merupakan hari yang terakhir sebelum bos berangkat ke Tanah Suci Mekah Al Mukarramah pada hari Rabu minggu depan. Makanya kami anak buah nie semua buat surprise makan-makan for her & we're glad she is touched by our effort. Alah bos, walau kami nie banyak ngumpat bos & sebagainya, jauh di sudut hati kami masih lagi sayang pada bos. Kalau tak takkanlah sampai dekat 7-8 tahun kami masih setia kat sini kan? 

Kalau bos nie memang seorang yang tiada sebarang kebaikan, mesti dah ramai yang resign. Dah nama pon bos. Standard ahh kalau ramai anak buah tak puas hati & sebagainya. Sebab boslah yang pegang teraju jabatan neh. Semua final decision pon from bos. Whether we like it or not, you are still our beloved boss. Bila jadi bos, of kos ada orang bawahan yang sokmo tak puas hati sana sini. Normal la keje kat mana-mana pon. Kalau resign sebab tak tahan dengan peel bos pon, apa jaminan kami takkan dapat bos yang sama or maybe lebih teruk drp bos?

So what I do is try to accept you as you are already is. Terima seadanya baik & buruk. Bukan dalam perkahwinan aje kita kena ada sikap macam nie. Dalam hal kerja pon tetap kena apply benda yang sama. Fokuskan pada kebaikan yang ada pd diri bos. Yang negatif tu kita try to put aside. Aku pon kalau jd bos orang tak suka gaknye. Sape tau kan? Jadi marilah kita sama-sama bermuhasabah diri di hari Jumaat yang penuh barakah ini =)

Jadinya sambil makan, bos pon bagilah amanat kepada kami sblm dia berangkat. Thanks bos for the short tazkirah. We really appreciate it. At least if not for all of us, I do. Moga bos dapat haji yang mabrur & balik nanti jadi a better person like you wished for. Amin.

Sebenarnya aku rasa sebak juga masa bos cakap-cakap tadi. Airmata macam dah bergenang kat bibir mata. Maybe sebab aku kerja dah lama dengan dia hampir 8 tahun dah. Aku antara orang yang terawal yg sama-sama mengangkat meja & kerusi utk menyusun atur pembukaan Jabatan Hartanah kat sini. Makanya aku rasa lebih dekat la dihati. 

Aku akui aku mengambil masa dalam 5-6 tahun utk memahami diri bos. Utk betul-betul dapat menerima dia seadanya as my bos. Bos nie garang & outspoken. Aku ni pulak nampak macam kental, tp nun di sudut hati ada juga sisi sensitifnya. Kadang bila kena herdik & kena marah depan staf lain, rasa sangat kecil hati & mesti rasa nak resign tak lama lagi. Entah berapa belas kali dlm 8 tahun ni aku berfikir utk resign & cari kerja lain. Rasa hormat & takut membuatkan aku jadi seorang yg pasif dengan bos. Hanya pandai menerima tetapi tak pandai nak defend myself. 

Only for the past 2-3 years aku menjadi seorang yang lebih matang & sedikit berani utk memberikan pendapat aku sendiri. Lama tak lama lah aku ambil masa. Maybe dulu aku masih muda & pengalaman tak banyak. Semakin meningkat usia, fikiran kita pon lebih open & berani. Now aku rasa agak selesa dengan bos & dah boleh anggap spt kawan bila saling bertukar cerita. Pernah bbrp tahun hubungan aku dgn bos agak hambar. Aku selalu cari excuses utk tak mendengar sebarang cerita yg dia nak share dgn aku. Aku malas & fed up sbb eventho dia OK bercerita dgn aku itu ini, tapi klu ada silap sikit bab kerja, teruk juga aku diherdiknya. So rasa macam segala kesabaran aku mendengar cerita dia tak mendatangkn apa-apa kebaikan pd diri aku.

But as time passed by, baru aku tau hal personal & kerja tidak boleh dicampur adukkan. Baik tetap baik, tp klu aku buat silap dlm keje, tetaplah akan kena herdik. Ianya takkan pernah berubah. Sblm ni aku cuma fokus pd sisi negatif dia, now aku cuba utk berfikir yang sebaliknya. 

To forgive and forget.

Senang utk menulisnya tp tak mudah utk melaksanakannya. Tapi aku sedang cuba aplikasikan phrase tu dalam hidup aku. InsyaAllah.

Terima kasih bos sebab mengajar aku menjadi lebih matang dalam dunia kerjaya. I wish you all the best & semoga dihari kita bertemu semula, your wished to be a better person to God & to humanity is granted. Moga selamat pergi & selamat pulang.

Sebak. Sobsobbbss....







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat