1 Day Just For You

Setelah beberapa lama 50-50 samada nak cuti on Monday sblm cuti sempena birthday Sultan Selangor pada bulan depan, akhirnya aku apply jugak on that day. Sebab? Aku rasa macam nak spend lebih masa untuk Naurah. Tersentuh pulak hati aku bila sekali sekala nampak muka dia yg sedih bila nampak taska depan mata setiap pagi. Sometimes dalam kereta dia dah bertanya ' kite nak pergi mana ni bu?'. Alahai..kemana lagilah kite nak pagi-pagi bersiap neh kalau bukan ke taska awak dulu sebelum ibu & ayah off to work.

Hati aku kata, sebenarnya dia tahu dia akan kemana...tapi dia tetap bertanya dengan harapan jawapan ibu adalah selain drp sekolah. I feel sorry for her for quite some time on this matter. Jadinya hari Isnin yang aku cuti tu adalah khas utk Naurah. I just want to see her happy on that day. I asked habi to apply for leave too tapi dia tu kan kunun cam dedicated sangat la pd work nya tuh. Bila dia tanya if I have any special plan on that day that requires him to take leave too, I said I don't. Cuma nak spend masa dgn Naurah aje. Then dia kata tak perlu lah dia cuti macam tu. Hurm..ikot suka abang lah. Maybe its a bonding time for mother & daughter only.

Walau sebenarnya rasa sayang dengan annual leave yg berbaki, aku rasa since now dah akhir tahun, untung dah kot ada jugak 3 hari nak dibawa ke tahun depan. Last year dapat bawak 2 hari. Lebih 1 hari for this year kira ada peningkatan la jugak kan? Hehe. 

Padahal cuti orang tu sikit punya banyak lagi. Siap dpt emel HR soh habiskan a few days if taknak tulis memo utk brought fwd more than hari yg dibenarkan for next year. Entah ape yang best sangat pegi keje pon tak tahulah. Tapi kalau dia pon macam aku asyik malas nk pegi keje, payah jugak ye tak? Sbg ketua keluarga, kenalah dia kerja sampai bila-bila. Bukan macam kite isteri yg masih ada pilihan utk kerja or tak if keadaan mengizinkan. OK. Kat sini kena syukur la kot instead of merungut khennn ^^

So my plan for Naurah for that weekend is spend time at Kak Ya's house kihkihhh. Sabtu g rumah Kak Ya, tido sana 3 malam & on Tuesday habi datang jemput balik BBST. Monday tu Kak Ya mesti kerja punye. So bajet nak ikot dia pegi KLCC pastu aku & Naurah pergi Aquaria tengok fish. Lunch hour jumpa Kak Ya kat KLCC & makan kat Ben's steak yang lazat. Yang pastinya Kak Ya kena belanja. Wakakaka =B

The problem is, takkan nak tinggalkan habi dengan Anje kt rumah BBST while aku & Naurah kat KL kan? So 1 of them kena cuti jugak macam aku & ikot ke Aquaria. So I just texted Anje & she said she can take leave on Monday. Yeayyy!! Jadi orang bujang la habi sekejap kt BBST nanti ^^

I'm hoping Naurah dah tak takut sangat tengok fishes kat Aquaria macam masa kami bawa dia awal tahun 2012 dulu. Before this habi ada mention nak bawak budak tu ke Zoo Negara. Tapi bila aku ingat ttg ketakutan dia kat Aquaria, aku kata nanti lah dulu. Kang asyik nak berdukung aje kat Zoo. Tak larat mak. Kite tengok dulu repond dia pd Aquaria next month. If OK, then 2013 can go for the zoo pulak.

Ibu will appreciate you more after this ^^

p/s: baru hari ni delete ad kat mudah jual stroller lama Naurah.pdhal da lama kot terjualnya.bila nampak byk no.phone tak dikenali kt phone, pastu ada orang sms tanya psl stroller, baru teringat ad tak delete lagi.sabokan ajelah -.-






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat