Testimonial : Aura Maya

Aku terpengaruh utk mencuba produk Aura Maya bila ramai blogger friend yang kata memang berkesan. Biasalah aku mudah terpengaruh dengan semua produk bila ada yang kata best. Hahaha. Kalau dah namanya perempuan tu, memang payah lah nak menahan segala godaan yg berkaitan duit neh. Sebab takut tak sesuai dengan kulit muka aku, so aku pon cuba dulu dengan trial set beli dengan Sha pd harga RM85. Kecik molek aje sekotak tu yg dalamnya ada krim siang (kaler silver) & krim malam (kuning) plus sabun muka half kaler hijau.

Bila aku dah mula malas pakai pencuci muka Neutrogena yg dah nak habis tu, aku pon start guna set Aura Maya neh. Biasalah aku mana pakai dengan konsisten pon hari-hari. Bila ingat & tak malas, aku pakai. Hehehe. Tapi amazingly dalam sebulan kot pakai tanpa konsisten, kesannya boleh jugak nampak. Kesan yang positif yer. Kulit muka aku nampak lebih bersih & lembut. Huhuhu. Memang rasa best gila sebab first time kot jumpa produk muka yang mmg betul-betul memberi kesan terbaik pd diri aku. 

Aku ada pengalaman tak best dengan pelbagai produk drp utk kesihatan, kecantikan & pelansingan badan. Kebanyakannya memang tak bawa kesan yg betul-betul terbaik pon pd diri aku sehinggalah produk Aura Maya neh. Tetibe rasa addicted menyentuh kulit muka sendiri sebab rasa lembutnya. Hahaha. Gile pompuan neh =P Jerawat pasir dekat pipi yg dekat dgn hidung tu semuanya dah hilang yer.

Tapi jerawat yg datang tiap bulan sbb nak datang bulan tu masih setia bersama lah. Itu kecelaruan hormon. Makanya tak ape kot.

Pakai krim siang & malam tu memang agak melekit lah. Bila dah pakai, mesti kena basuh tangan sbb taknak rasa melekit. Tapi dekat muka takdelah rasa tak selesa sangat eventho sememangnya ia melekit. Boleh tahan lagi rasanya. Tapi ape nak kisah kan sebab hasilnya nnti kulit muka kita jadi bersih & lembut. Demi kecantikan, semua tu halangan biasa aje. Takde hal maaa...

Siryes bila trial set ni dah habis, aku akan restock balik punye. Memang lah harganya agak mahal. Tapi jangka hayat dia pon lama jugak. Trial set aku ni tahan sebulan 2 lagi kot sbb aku pakai tak konsisten kan hehehe. Tp hasilnya dh boleh rasa okay. Takde hal lah. For those yang masih tercari-cari produk yg berkesan utk muka, jom try set AM. Harap ianya berkesan kat korang jugak spt aku ^___^

Takpelah badan gemok asalkan kulit muka cantik. Eyhhhh O__O 

Kesian orang yang tak boleh dapat keduanya neh. 1 pon dah kira baik kan? Bersyukur lah Sharena!

HAHAHA.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat