Bahagikan Masa Dengan Baik

Allah...permudahkanlah puasa ku pada hari ini dah esok.

Kalau berpuasa di bulan Ramadhan tu lain kan? Boleh aje tahan straight days tanpa bersungut. Maybe sebab orang lain pun berpuasa sama. Jadi takdelah nak bau makanan yang menyelerakan pada lunch hour like pada hari biasa ni kan? Dugaan dia memang lebih bila berpuasa hari biasa neh. Harapnya pahala pon dapat lebih banyak la yerp ^^

Hari bekerja ni aku OK lagi kalau bepuasa sunat. Tapi tang esok ni yang lebih mencabar sebab kat rumah. Mesti rasa lambat gila masa berlalu. Since malam ni after berbuka kami akan balik ke Semenyih, looks like puasa esok adalah disana lah yerp. Kena bawak buku sebuah ni buat bacaan dalam bilik. Baca buku, tido, baca buku balik, tengok tv, tido, berbuka. Boleh tak macam tu? Hahahaha...

Sbnrnya plan nk balik Semenyih adalah esok pagi. Tapi tetibe teringat yang Twilight Breaking Down Pt. II dah mula ditayangkan kat cinema malam tadi. So gigih la petang semalam interkom habi soh booked seats kat TGV Cheras Selatan for tonight play. As usual sejak ada anak ni memang kami dating tengok movie kat cinema lewat tengah malam aje. Utk rasa kurang bersalah kat Naurah sbb tinggalkan dia. Membayangkan anak sedang tido lena adalah kurang sedikit rasa bersalahnya ngeh ngehhh ^^

By right bukan selalu pun tengok muvie kat cinema neh. Kalau ada muvie yang rasa worth it utk ditengok kat cinema aje akan dating lah kami berdua. If not mmg tunggu keluar kat Astro ajelah. Takde hal. Sebenarnya movie Twilight ni aku tak pernah tengok kat cinema pon. Dari filem pertamanya cuma tengok kat Astro aje. Yang BD Pt. I pulak aku beli DVD. Since movie yang ini adalah yg terakhir drp Twilight series, so rasa teringin pulak nak tengok kat cinema. Habi pon sokay je layan tengok sesama sbb masa kat Astro dia pon tgk sekali. Cuma yg BD Pt.1 kat DVD dia tak tengok lagi. Kompem blur bila tengok malam ni. Or maybe aku boleh ceritakan dulu kat dia on the way ke cinema nanti. So takdelah dia terbangak-bangak aje nanti kehkehhh =P

Errr...walaupun Naurah tu kira dah besar la jugak & boleh dah kot bawak tengok kartun kat cinema ker, tapi aku rasa macam tak berminat la nak bagi dia follow sama. Biarlah buat masa ni menonton wayang di cinema adalah tempat eksklusif kami suami isteri berdating aje. Dengan sound system yang kuat sampai berdebar jantung dibuatnya, aku rasa tak proper sangat kot nak bawak Naurah. Tunggu lah bila dia dah sekolah ker guane. Itu pon kalau dia request hihi

Teringat pulak tentang ME time yang Hannah J tulis dalam entry terakhirnya a few weeks ago. Aku mengaku aku ni memang ada kalanya agak selfish. Pada aku memang perlu at times kita jadi selfish menginginkan masa utk diri kita sendiri. Ada masa utk diri sendiri, ada masa utk Allah, ada masa utk bersama suami sahaja, ada masa utk anak saja, ada masa utk suami & anak dan ada masanya utk suami, anak, kawan, family. Pembahagian masa yang sebegitu adalah sangat perlu bagi aku.

Adakah utk menjadi seorang isteri yang baik, kita perlu dedikasikan setiap masa yang kita ada utk bersama suami? Adakah utk menjadi seorang ibu yang baik, kita perlu habiskan semua masa terluang yg kita ada dengan anak? Adakah dengan tidak berbuat demikian, itu menunjukkan kita bukan isteri & ibu yang baik?

Bila kita terlalu fokus pada mendedikasikan diri utk kepentingan orang lain, satu masa nanti mesti kita akan meletup kebabom punya. Seriously. Kita akan jadi letih dengan rutin hidup kita & rasa macam zombie buat semua benda tapi takde akal fikiran & hati like zero.

Pada aku, untuk membahagiakan orang lain, pertama sekali kita perlu bahagiakan diri kita sendiri dulu. Bila kita rasa happy & bersemangat, then barulah aura positif tu dalam sampai pada orang sekeliling kita. Tak perlu berusaha banyak pun nak gembirakan hati orang lain sebab aura yg kita keluarkan tu aje dah cukup memberi bahagia secara semulajadi. InsyaAllah lah yer.

Menjadi aku yang mudah rasa penat & stress dengan rutin kehidupan yang sama dalam 1 jangkamasa yang lama, otak memang kena ligat untuk mencari kepelbagaian. Weekend ni utk kami sekeluarga saja, weekend depan utk family in law & minggu depannya lagi untuk ke rumah Kak Ya di KL etc. Jadinya setiap weekend adalah tidak sama & tidak pernah rasa boring. Ianya sangat perlu utk diri aku.

Kesimpulannya, pembahagian masa yang baik adalah sangat perlu utk membina 1 keluarga yang bahagia. Tiada salahnya mengambil masa hanya utk diri sendiri pergi berurut di spa sekali sekala meninggalkan anak & suami di rumah. Berkahwin & mempunyai anak tidak bermakna seluruh masa kita sudah menjadi hak milik mereka. Itu adalah pemikiran yang tidak betul yer. Bahagikanlah masa yang kita ada sebaiknya. Bila ianya sudah balance, kita akan berasa bahagia & lebih menghargai dengan segala yang kita ada. InsyaAllah.

Ini adalah masa utk bersama siblings
This is ME time ^^
This is dating time hewheww

Susah nak capture moment dgn anak nan sorang neh hahaha..hancor








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat