Catch Up Things

Selamat dah semalam merasmikan periuk kukus cooking for dinner. Siakap Stim jadi taruhan & hasilnya habi makan dengan banyak. Anje pon makan bertambah. Naurah pon berselera. Aku je nak makan banyak tapi teringat uniform kerja dah makin ketat. Tak jadi nak menambah nasi padahal turn ON gile makan dengan sambal belacan hijau kaw-kaw. Aku terasa kesian dgn diri sendiri hewheww  + +

Cukup 2 minggu off puasa sunat sebab demam & bendera Jepon. Kejap aje dah rasa baju mula mengetat. Nak solat pon rasa tak selesa. Menyampah taw! Bulan depan ada dinner pulak tu. Tema utk tahun nie adalah denims & venue adalah di Hotel Hilton, KL Sentral. Baju, shawl & kasut semuanya dah dibeli. Hebat tak? ^^ Baju & shawl beli kat Giant, Nilai. Kasut rembat kat Parkson, Alamanda. T-shirt habi pon dah berjaya beli kat Tesco, Nilai. Semua tempat cikai-cikai aje g membeli. Tapi $ yang keluar tak cikai la pulak @_@ y owh yy....

Habi paling senang sebab pakai jeans & shirt. Tambah la dengan aksesori baru jam dia tuw. Harap hemsem lah rupa dia dengan shirt Marvel pilihan aku. Hemsem di mata aku aje lah. Mata orang lain mak tak kesah pon ^^

By the way aku rasa korang dah boleh teka kot aku pakai baju denim jenis apa kat company dinner tu nanti. Orang gemok dengan imej muslimah yang tak muslimah sangat kekadang ni memang tak banyak choice kot. Lain la kalau body macam Erra Fazira kan? Memang mak melaram habis dengan skinny jeans & jaket denim ketat. Ewahhh....see! Tak bagus utk aku kalau jadi selim melim. Nanti pakaian mesti hancur punya ketat metat dah tak jadi muslimah. Can u see the hikmah of being gemok? Harharrr ^^

Dinner kali ni agak best sebab tak perlu nak buat performance like the previous year. It means semua orang boleh concentrate pada makanan & persembahan yg di sajikan oleh penghibur profesional. Tak perlu nak rasa terbantut selera sebab dupp dapp nak buat persembahan utk orang lain. Ini lah yang mak suka sekali utk dinner tahun ni.

Bab mekap ni yang payoh sikit sebab most likely akan hantar Naurah balik ke Semenyih lah like usual bila ada event macam ni. Bersiap dari sana bermakna tak dapat mintak bantuan Anje utk mekapkan aku serba sikit. Dah lama gila kot aku tak pakai eye liner sendiri. Skill semua dah kelaot pasifik sane. Tapi nak upah orang mekapkan macam membazir pulak. Aku bukan nk vogue mane pon atau ada niat nak dapat best couple dress whatsoever. So nak taknak mekap ajelah sendiri serba sikit. Asal nampak glemer drp biasa yang pegi kat opis neh. Tak syok ah kalau sama aje muka dengan hari-hari pergi opis kan?

Untungnya orang yg tak mekap pergi ke opis adalah bila ada event macam nie & kita mekap nipis aje pon dah nampak glowing. Berbeza dgn orang yg mmg mekap ke opis, tak berapa nampak serinya bila ada event sebab kita dah biasa nampak dia on mekap. Betol tak?

Sama la masa jadi pengantin dulu. Sokmo la orang puji lawo sebab jarang nampak kita on mekap kan? Padahal takdelah lawo mane pon. Haha. Benda yang sebenarnya biasa tetapi sekali sekala tetap nampak istimewa kan? Kalau dah selalu.....memang kurang lah impak nya. My 2 cents ^^

Tetibe rasa sedih pulak nak tinggalkan Naurah. Maybe sebab dia dah makin besar kot. Dah banyak faham banyak perkara. Lebih kurang 3 bulan je lagi budak tu akan menginjak usia 3 tahun. Pantasnya masa berlalu.....


Pin pinnn...saya semakin membesar la ibu...can u catch up?
 








Popular Posts