Erti Kasih Sayang

Tahniah kepada rakan seperjuangan iaitu Hany kerana telah kembali pregnant buat kali kedua. Akhirnya usaha ko menampakkan hasil juga kan? Walaupun aku rasa jeles, tapi aku tetap rasa gembira utk ko & suami. Tidaklah aku ini kejam seperti ada orang sangkakan. Hahaha. Cemburu tak semestinya kita berniat jahat kan? Cemburu boleh bawak kita pada pelbagai perkara yang positif jugak. Contohnya kita semakin berkobar-kobar berusaha utk mencapai matlamat yg sama. Maybe lebih ambil serius & tak ala kadar seperti dulu. Who knows right? ^___^

Sejujurnya...ishhh..bahaya nie nak tulis benda jujur neh. Karang ada aje yg menyampah & buruk sangka. Tapi aku tetap nak tulis jugaklah. Hahahaha. Degil ko ni Sharena! Pastu sok bila tau ada orang buat onar ko jadi emo pulak kan? Mengadu pulak kat habi minta difahami. Mujur dapat suami yang soulmate..buatnya tidak? Kena mengadu kat Naurah la pulak hewheww @__@

(this is part of cabaran sebagai seorang blogger. suka atau tak akan tetap ada orang yg reading it in a different way & salah sangka. terima sajalah kenyataan ini. bukan ada pilihan pon)

Beware yer semua. Ini nak tulis benda jujur neh. Tarik napas dalam-dalam, sucikan minda & hati anda & start reading. Get set go!!

For those who follows my entries rasanya memang dah tau lama tentang misi baby 2013. It has been 5 months already since we tried to conceive for the second time. But Allah had other plan for us. We take it positively and enjoy our lives at the moment as usual. Stress free but at times many questions lingering in my head also. Biasalah perempuan. Suka sangat fikir benda bukan-bukan yg belum pasti akan jadi. Sesungguhnya aku memang sedar hakikat itu tetapi benda macam ni bukan senang nak control kot. Bab emosional nie perempuan memang lemah la senang cakap. Susah nak handle & berfikir dengan waras.

Aku menyalahkan diri aku kerana sejujurnya aku bukanlah 100% ready to conceive again. Terkejut tak? Huhuhu. Mesti korang ingat aku auta aje kan? Tidak lah. Around 2% rasanya aku masih ada keengganan. Macam skrg ni bila nk period asyik loya, pening & mual. Then aku mula berfikir, am I ready to get through this all kind of situation again for at least 5 months? Kat sinilah aku mula ada rasa macam nak, macam taknak.

Keadaan diri aku yg paling teruk sejak hidup 30 tahun yg lalu adalah sewaktu aku mabuk pregnant. Its like the lowest time for me lah. Sangat tak terurus, selekeh, busuk & banyak lagi lah. I cannot count for how many times I cried bila tak tahan sangat dengan keadaan diri masa mabuk. Kat ofis sampai berkurung dalam tandas berjam lamanya menangisi keadaan diri. Badan terasa sangat lemah & I felt like dying. Memaksa diri hari demi hari ke ofis walau badan rasa tak sihat. Nak ambil unpaid leave tak boleh sebab masa tu banyak komitmen kena commit. I thought that was a 5 months of hell for me. I felt so helpless.

Syukurlah habi memang sangat memahami & caring. Sedikit sebanyak memang dapat kumpul kekuatan drp dia. Memang takkan aku lupakan sampai sekarang segala pengorbanan dia menjaga aku waktu tu. Dan bila lahirnya Naurah ke dunia, aku rasa segala kesusahan itu berbaloi. The 5 months like in hell is worth it. Cuma persoalannya am I ready to experience it again?

Aku tau orang selalu kata setiap pregnancy yg kita lalui berbeza atr 1 sama lain. But according to my mom histories, dia kata memang every pregnancy pun akan mabuk teruk macam tu. Tabik spring kat mak sebab 7 kali mabuk macam tu dalam hidup dia & dia bertabah. Aku baru sekali dah rasa macam serik. Guane? +__+ Aku mengaku aku nie memang lembik & tak tahan sakit. Di waktu biasa aku adalah perempuan yg kuat hati & tak mudah mengalirkan airmata. Aku bkn perempuan yg mudah tersentuh hatinya walaupun ketika anak sedang sakit. Aku susah hati tapi aku sangat jarang menangis. Aku rasa perasaan keibuan kita tak dicerminkan melalui tangisan kan?

Aku tak menangis tidak bermakna aku tak susah hati kan? Itu tak bermakna aku bukan ibu yang tak baik kan?

Nak tengok aku menangis? Haa...masa aku sakit, itulah waktunya aku akan menangis. Sebab aku rasa helpless sangat macam tiada daya apa-apa. I am at the lowest part of my life when I couldn't do anything when I'm sick. Aku nak kuat, aku nak bertabah, tapi aku tak mampu. Pilu sgt hati aku bila rasa macam tu. Thats y la senang menangis waktu tengah sakit.

Jadi, perasaan yang berbolak balik inilah yang merunsingkan aku sebenarnya. Adakah sebab aku belum bersedia sepenuhnya melalui situasi itu sekali lagi menyebabkan Allah masih tak memberi rezeki yang seterusnya? Dan aku menyalahkan diri aku sendiri dalam hal ni. Mulut kata nak tapi hati masih ada ragu-ragu. Bolehkah begitu?

Sebab tu aku redha Allah masih belum beri rezeki ni pada kami. Dia lebih tahu samada aku sudah 100% ready or not. And I'm sure when my head is clear from all of this annoyance, Allah will grant our wish sooner or later. InsyaAllah.

Aku harap sangat aku dapat lawan perasaan nak tak nak ni dengan secepat mungkin. Rindu dengan bau baby & all the hard works like pumping pagi-pagi buta for EBM at the nursery etc. Memanglah takkan ada terma cukup tidur bila ada baby kecil ni. Badan pun rasa penat sokmo. Its really hard actually, but I really do enjoyed myself at that time. Sebab rasa tak percaya sangat boleh berkorban sampai macam tu sekali kerana anak. Rasa bangga sangat dengan diri sendiri bila ingat balik waktu Naurah baby dulu.

It was like, is that really me? O__O Wowwww!

Manusia memang boleh berubah bila-bila masa yang kita mahu asalkan ada keazaman. When there's a will, there's a way. Kerana kasih sayang, kita boleh berkorban apa saja. Hebatnya perasaan kasih sayang. Bila dalam diri tak ada kasih sayang, semuanya akan hancur.

Makna kasih sayang pd aku adalah bila kita sanggup mengorbankan kepentingan diri kita untuk kebahagiaan orang lain. Aku pernah lakukan itu untuk mak & abah. Pernah juga utk Naurah. Untuk suami? Haa...yang ni seram sikit nak tulis. Poligami? Ho ho ho. Kalau utk suami aje mesti teringat poligami. Apekah??? @__@






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat