Holiday : Kesimpulan di Medan, Indonesia

Medan from my point of view.


Airport
Menjejakkan kaki ke airport Medan, Polonia dah terasa betapa desa nya airport ni. Aku rasa pihak berkuasa kat sana kena upgrade airport kat sini sebab outdated sangat kot. Ini utk menaikkan imej mereka jugak. Kalau nak ramai pelancong datang kesana, silalah upgrade airport anda. Airport negeri kat Malaysia ni way much better from Medan Polonia airport. Well, terminal bas kita cam kat TBS, Bdr Tasik Selatan pon lagi canggih kot. Aircond pon suam-suam kuku aje. Stress kot kalau tunggu lama-lama kat sana + +

Pekerjaan 
Maybe sebab rakyat yg ramai, sesuatu yg bukan kerja kalau kat Malaysia dijadikan kerja disana. Aku bagi contoh orang yg tetibe datang macam nak tolong ko angkat beg masuk dalam van. End up kita kena bagi dia upah sbb dia mintak. Padahal ade ke kita mintak tolong dia? Takde kan? So kalau kt sana jaga bagasi korang jgn bagi sape-sape tolong sorong or angkat kalau taknak bagi upah kat deme. Dah ler kerek nak duit nilai besor aje. Padahal angkat beg aje kot? Bagi aje bape korang rasa berbaloi. Jgn dilayan sangat kehendak deme.

Tolong jagakan selipar/kasut kat masjid juga 1 pekerjaan. Padahal boleh je tinggal gitu aje. Tapi on the safe side, suruh jelah orang kita sorang tinggal & jaga bergilir. Takde masalah pon.

Insaf bila tgk kesusahan orang kat sana. Begitu susah nak cari duit sampai sanggup buat perkara yg sbnrnya bukan pekerjaan. Sebak bila tgk anak muda hemsem bawak gitar nyanyi tepi van dgn harapan orang dlm van hulur duit. Mukanya penuh dengan harapan. Arghhhh...bergenang airmata dibuatnya. Macam nk ckp aje meh la datang Malaysia jadi dispatch boy ker + +

Sedih bila terkenangkan anak-anak muda kat sini yang sibuk merempit. Anak muda kat sana takde masa nak berseronok kot. Semuanya sibuk nak mencari sesuap nasi.

Rumah
Rumah kat sana macam kesiannya tengok. Tak lawa kot. Cam buruk aje. Membuatkan seluruh pemandangan rumah adalah spoiled. Macam semuanya org susah. Kesiannya + + Tapi kalau pergi tempat high end kemain lagi rumah banglo 3 tingkat macam istana dgn kereta mewah 2-3 biji. Jurang kaya & miskin sangat besar kt sana.

Kenderaan
Serabot kot dgn beca motor & angkutan kota sana sini. Kat sana mostly diorang suka pakai MPV. Kereta sedan tak banyak. Rege MPV kat sana murah je sbb takde tax tinggi utk kete import cam kt sini. Deme mana ada nk protect kereta nasional kan? Orang kat sana bukan patuh sgt dgn traffic lite. Kadang ikut suka hati aje jalan padahal merah. Tp yg peliknya semua pemandu bertolak ansur sesama mereka. Tahap kesabaran orang sana memang tinggi kot. Maybe sbb ramai orang susah gaknye. Entahlah.

Diorang bawak kereta macam berbahaya potong sana sini tp semuanya cekap & tak pernah nampak 1 pon eksiden spjg 4 hari kat sana. Memang salute ah bab ni. Jem kt sana boleh tahan. Bunyi hon sana sini mmg perkara biasa. Bkn hon sbb marah, tp hon tu ada byk maksud. Spy org lain alert dgn kita etc.

Shopping
Peniaga bila tau kita orang luar/tourist akan mark up rege 2 atau 3 kali ganda. So disarankan tawar sampai half price & kalau tak bagi blah aje. Banyak lagi tempat lain. Kadang geram jugak sbb mcm kerek je peniaga sana ckp Rp.100k tu nilainya kecil sedangkan klu in RM dah 30 kot. Eyhhh RM30 kat sini pon boleh dapat blouse/skirt taw! Tak payah nak berlagak sangat kot. Kita ni beli niat nak tolong dia jugak sikit sebnyk buat jualan. Ko nak duit ke taknak lansung?

Tp ade jugak peniaga yg jujur & boleh tawar menawar dgn  normal. Sokay aje.

Budi bahasa
Masa kat hotel aku turun dgn Naurah from bilik mak abah by lift. Jumpa sorang perempuan ni lebih kurang umur aku kot yg sangat berbudi bahasa. Bila lif yg dia tekan sampai dulu, dia pelawa aku masuk sama-sama. Bila dah sampai siap cakap selamat malam buk! Aihh.....bagusnya pekerti ^^ Aku pon balas Terima Kasih =) Sopan & menyenangkan sekali

Travel Guide a.k.a Transport

Sesape nak ke Medan boleh contact Salim from Sukses Angel Travel at 0852 6169 4258. Dia ni orang cina Indonesia tp fasih je cakap bahasa Indonesia. Takde masalah. Memang best ahh deal dgn dia ni. Senang dibawa berbincang & byk tempat best dia recommend. Thanks ya Pak Salim ^^

Kos
Aku booked tiket hotel & flight with Air Asia Go pd harga per pax RM250 for 4 hari 3 malam. Murah tak? ^^ Hotel Medan International bertaraf 4 star & puas hati lah dgn katil king tu. Luas pon not bad. TV aje bukan LCD. Tapi asal ada FoxMovie channel, kire gah da kot.

Sebab percutian keluarga, maka aku bawak banyak sket duit kesana iaitu RM1,200k convert to rupiah around Rp.3 juta 750k. Dapat la sponsor makan lunch sekali sehari utk 10 mulut. Beli souvenir sikit-sikit. Syukur.

Kesimpulannya aku dah tak teringin nak pergi Indonesia lagi. Rasa macam dah cukup kot ke Medan neh. Tak rasa pun nk ke Bandung or Jakarta. Bali maybe lah sebab ada pantai. Bukan dalam masa terdekat lah. Cukuppp! ^^ Gaya macam orang serik aje kan? Hahaha. Serabot sket lah suasana kat sana. Rasa stress sgt tgk life kt sana. Aku kan sukakan ketenangan & kedamaian =)

Tp kesian la orang sana sbb mmg xde choice kan? Beruntungnya diriku ini hukhukk. Insaf kan?





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat