Holiday : Medan, Indonesia (Day 2)

Ke Danau Toba

Kami memulakan perjalanan pada pukul 6pagi waktu di Medan. Kalau kat Malaysia suasananya macam 7pagi dah ler. Semua orang menepati waktu sebab tawu perjalanan adalah jauh. Medan City ke Danau Toba mengambil masa 5 jam la senang cakap termasuk berhenti sekejap-sekejap utk buang air & solat. Siryes sampai naik kematu bontot semua orang. Hahaha. Nak ke Danau Toba ni perjalanan dia mula-mula tu biasa aje. Macam suasana kampung. Lama-lama kita akan rasa seperti mendaki macam nak ke Genting/Cameron Highland kalau kat sini. Pastu kiri kanan banyak bab* panggang sebab dah kawasan orang Batak yg beragama Kristian. Takde dah nampak banyak masjid tp banyak pula gereja.

Kami singgah sekejap utk breakfast since tak sempat yang kat hotel. Masa tu dah hujan & Naurah pon ketiduran kat bahu aku. Angkut ajelah dia turun sekali. Mak dah lapor nak. Menu pagi yang ada waktu tu cuma lontong. Sedap sangat lontongnya. Tak snap gambo pulak. Dah mendukung si Naurah, mana nak cukup tangan pegang camera pulak kan? Lepas kenyam, sambung jalan lagi.

Kami sampai Danau Toba dah tengahari. Nampak pemandangan drp atas seluruh tasik adalah breathtaking. So 5 jam yang menyesakkan dada terasa seperti berbaloi. Dah sampai Medan kalau tak kesini memang rugi. Tapi bagi aku cukup la sekali seumur hidup kesana. Perjalanan yang lama buat aku serik okay. Penat dlm perjalanan aje. Kat Danau Toba aktiviti kami ialah naik bot ke Pulau Samosir. Kami sekeluarga & seorang pemandu sewa 1 bot besar Rp.800,000. Around RM250 duit kita. Okay lah tu sebab bot memang besar. Tapi since dah takde orang lain nak naik, kami jelah yg sewa 1 bot. Kalau setakat nak ambil gambar kat tanah besar saje memang tak berbaloi lah perjalanan yg panjang tu kan?

Dah sampai Lake Toba ^^

Banyak je hotel kat sini

Tempat bot berlabuh

Naurah nampak ikan. Air jernih so mmg nampak la anak-anak ikan. Banyak!

Botnya memang luas.

Kakak & Adik

Subhanallah

Kat Pulau Samosir, kami turun & banyak gak shopping kat sini. Aku cuma beli fridge magnet & buah mangga kecil 2kg buat makan atas bot. Pastu Naurah request gendang kecil ada tulis Danau Toba. Mak la yg banyak beli baju utk semua orang. Tukang tawar harga ialah Hirraz. Dia memang pakar bab tawar rege barang neh. Terbaekkk! Haha.

Mostly orang kat Pulau Samosir ni orang Batak yang beragama Kristian. Anjing pon bersepah kat sana sini. Masa nak naik bot semula, ade sorang makcik ni siap pegang-pegang tangan aku soh beli kacang rebus yg dia jual. Aku cakap aku taknak tapi dia berkeras. Siap ikot aku naik atas bot okay! Rimasnya orang yg macam ni. Tapi memang ramai kot kat sana. Diorang kan susah, so harap pelancong la beli barang semua. Even aku taknak, aku takdelah nak kurang ajar dgn orang kat sana. Dah memang style diorang macam tu kan? Kita pon serba salah dibuatnya.

Bila aku tetap taknak, bot dah nak jalan, orang tu pon berjalan pergi hentak kaki tanda marah aku tak beli. Nak buat guane kan? Kak Ya kata deme rebus tu dlm periuk bekas rebus bab* ker mana kita nak tawu. So salah 1 sebab taknak beli jugak la tu. Diorang akan selalu guna ayat 'tolonglah saya ini orang susah'. Aku tengok memang ramai orang susah kat sana. Kalau aku tolong dia sorang sbb dia orang susah, bermakna aku kena tolong semua orang susah kat sana kot. Mampu ker? So alasan sbb dia seorang orang susah mmg tak boleh digunapakai sbnrnya.

Jadinya aku tetapkan pendirian aku utk beli benda yg mmg aku nak beli aje. Kalau semata nak beli sbb nak tolong deme, memang aku lupakan aje niat tu. By right aku pun bukannya orang senang sgt kot.







 A Journey of Hell + +

Kemudian kami pun pulang ke tanah besar Lake Toba. Kami makan di restoran Minang & solat jama' di masjid sebelahnya. After that meneruskan perjalanan balik ke Kota Medan. Sebelum sampai ke Medan, kami melalui pekan Brastagi. Macam Cameran Highland la senang cakap. Tanah tinggi yang nyaman & air paipnya yang dingin bangat. 3 jam dari Lake Toba ke Brastagi. Kematu lagi pungkoq. Kami sampai kat Brastagi dah malam around 8malam kot. So sempat singgah beli buah-buahan ajelah. Pisang kaki kat sini manis & sedap sgt. Mangga pon besar-besar & manis.

Jalan balik nie teruk sangat sangat sangatttt. Lobang teruk dalam keadaan kereta menurun adalah sangat menyeksakan. Badan teroleng bagai dalam bot kecil dipukul ombak yang besar. Jalan teruk pastu bagai ular dipalu lagi. End up aku MABUK. Dah berpuluh tahun kot tak mabuk perjalanan macam nie. Dulu kecil-kecil memang aku selalu mabuk naik kenderaan. Dah besar baru okay. Tak sangka dah umur camni pon dapat mabuk lagi. Aku dah try tahan tapi tak mampu lah wey. Kesian deme semua terpaksa dgr aku muntah. Belom masok bau lagi tu + + I'm so sorry.....panadol 2 biji pon tak dapat nak halang semua tu.

Masa mabuk tu rasa seksanya Allah saje yg tahu. Dengan silau lampu kenderaan yg lalu lalang lagi. Perghh...memang tak sabarnya nak sampai hotel. Akhirnya 2 jam kemudian around 10pm sampai juga di hotel & aku flat gila. Sampai bilik cabot tudung, bukak cardigan terus menyusup bawak selimut & telan 2 lagi panadol. Tido sampai pagi tak sedar ape. Dgn tak mandinya hahaha. Aku & Naurah la tak mandi. Budak tu dah ketiduran penat jugak. Habi je yg mandi & sempat tgk tv lagi lps tu. Cissss! Teruk kena gelak dgn habi bab mabuk ni...grrrr.....

5.30am aku dah terjaga & terus mandi. Dah rasa sihat semula & mula perasan rasa melekit dibadan. Bila semua dah mandi, kami turun breakfast awal & after that baru yg lain menyusul.            

Berhenti solat

Budak suka berkaki ayam

Susah nak bergambar bersama skrg..kena paksa dulu
End of day 2 ^^





Popular Posts