Holiday : Medan, Indonesia (Day 3)

Shopping

Hari ketiga memang santai sebab jalan area kota Medan aje. Do some shopping & tengok apa lagi tempat menarik yang boleh dilawati. The driver bawa kami ke tempat shopping dimana aku dapat rembat 2 skinny jeans for Naurah. Kaler merah & pink. Hehehe. Comel gile kot Naurah pakai. Nampak stylo pulak. Nak balik KL esoknya aku pakaikan dia jeans merah tu dengan shirt hijau pucuk pisang. Color blocked macam ibunya jugak hewhewww ^^

Utk PIL, aku belikan mak telekung while habi pilihkan kain pelikat for ayah. Thats all. Sebenarnya masa kat sini bab makan memang aku yang bayar semuanya. Nak kata shopping tu memang takde sbnrnya. Duit banyak habis bayar duit makan utk semua orang. Takpelah..bukan selalu pun belanja macam ni. Malah puas hati dapat bagi sumbangan dlm family trip neh. Kak Ya lagi banyak berhabis duitnya tanggung kos pengangkutan kesana kemari. Senang kata aku & Kak Ya paling byk keluar duit dlm trip ni. Ikhlas je ^^

By the way takdelah murah sgt harga barangan kat Medan ni. Kalau nk shopping better go to Bandung or Jakarta kot.

Ucapan selamat pengantin baru dibuat begini


Taman Buaya

Taman buaya ni kecil aje. Tapi memang best ahh part tgk buaya kat dalam kolam besar kot timbul dipermukaan berlumut disana sini. Siap boleh beli itik bagi buaya makan dgn harga seekor RM9. Kami tak beli pon tp ada orang yg beli & lepaskan itik dalam kolam. Tak lama lepas tu zasss buaya pon ngappp! Kesian kat itik tu sbb harga kebebasan dirinya drp kurungan hanya bbrp minit sblm tamat riwayat hidupnya.






Rombongan sekolah pon ada

Saranghae!

Love & peace

Pengaruh drama Korea..semua nak buat LOVE

Itik yang sedang dihendap buaya + +

 Pantai & Seafood

Red Nikon telah kehabisan bateri semasa di Taman Buaya. Makanya takde gambo dah aku nak bagi lepas nie. Semuanya snap guna camera Abg Eddy yg entah bila boleh dapat gambarnya. Lepas ke Taman Buaya, kami bergerak ke sebuah pantai yang aku lupa namanya. Hahaha. Hampeh betol la. Siryes dah perah otak nak ingat tp tetap tak dapat. Updated: Pantai Pondok Permai. Perjalanan adalah 1 jam setengah. Dekat nak sampai tu kami pegi makan dulu sebab dah pukul 2 petang gitu. Lapor. Kami pilih nak makan seafood pulak instead of nasi padang/minang. 

Nama kedai adalah Seafood Ingah. Ramai orang cina Indonesia makan kat sini. Tokei kedai orang Melayu. Mula-mula sampai kena pilih dulu nak makan apa & masak apa. Lama la jugak tunggu sebab ramai orang. Dalam setengah jam ke 40 minit. Tapi masakan dia memang superb. Plus semuanya fresh. Total 10 org makan RM150. Murah bangat kot huhuhu =D

Pas kenyam, baru semua ke pantai & bersantai. Naurah & Emriel main air. Anje yg layan Naurah. Yang lain duduk bersantai minum kopi petang. Nyaman & asyik ^^ Lewat petang kami pun gerak balik ke Kota Medan. Sempat singgah kedai kek lapius Zulaikha & beli kek lapis sedap utk bwk balik ke KL esok harinya.

Flight ke KL ialah 11.45am & kami sempat ke kedai motor Harley Davidson sbb Abg Eddy nak beli souvenir & baju bajan. Posing la dgn motor besar bagai. Gambar ada kat tab Anje & camera A.Eddy.

Sekian, percutian ke Medan.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat