Jom Puasa Hari Asyura

Mak takde idea lah u olls hari ni nak update blog. Maybe sebab masih terkesima dengan perubahan bos yang sudah bergelar hajjah ^^ Orang kata jangan tengok drp penampilan luaran saje, yang dalamnya pula bagaimana?

Well, pada aku siapalah kita ni nak mengharapkan perubahan orang lain bebanyak sangat kan? Tengok ajelah diri sendiri ni dulu macam mana. Kita boleh mendoakan utk dia aje. Yang lainnya terserah la pada empunya badan.

Seriously aku memang tak expect apa-apa perubahan yg ketara pon pd bos after dia balik haji ni. Cuma tentang pemakaian hijab tu memang ternanti sebab sebelum kesana dia dah bagitau niatnya nak berhijab. Kalau dia tak kabo, aku pon malas nak mengharap & teruja. Bos pakai hijab lagi better drp aku kot. Dah gaya ustazah gitu. Tergugat gak rasa hati aku neh. Bab cenggini memang selalu la bikin menjeles. Sokmo terfikir bilalah diri sendiri ni nak perbaiki lagi. Takkan nak duduk parat ni aje kot bertahun-tahun.

Niat memang dah lama ada..tapi nak melaksana nya tu yang payoh. Kalau iman tak kental, memang takde nya lah nak berubah. Tak pon berjaya buat tp tak istiqomah. Kejap OK kejap KO. Itulah aku buat ketika ini + +

Owh..by the way lusa bersamaan hari Sabtu 24.11 adalah 10 Muharam yer. Rasulullah SAW pernah bersabda puasa pada hari Asyura diampunkan dosanya setahun yang lalu. Kita di galakkan berpuasa juga pada 9 atau 11 Muharam sebab nak bezakan dgn orang Yahudi yg juga berpuasa pd 10 Muharam. So esok dah boleh puasa lah yer. Better 9hb pon drp 11hb. Sempat lagi kalau nak puasa esok.

By right hari ni adalah hari ke-3 aku berpuasa sunat. Bajet esok nak rehat ler kan. Tp bila exec sebelah ni ingatkan tentang hari Asyura, terus aku rasa kena puasa la jugak esok neh. Mohon Allah kuatkan semangat ajelah utk esok & lusa. InsyaAllah. Ade kudrat ke takde kudrat ke tetap kena cuba jugak!

Aku ni bab puasa sunat boleh tahan lagilah usaha sebab bila berpuasa ni badan rasa lebih ringan & sihat. Memang la agak terseksa rasanya bila tak boleh makan minum selalu kan? Tapi orang macam aku ni kalau tak puasa, jawabnya mulut taknak berhenti mengunyah. Makan dan makan sokmo. Bila makan macam-maccam, badan mula rasa tak sihat. Setakat ni cuma ibadat puasa aje yg berjaya menghalang aku drp makan dan terus makan dgn lahapnya. Thats y la rajin puasa sunat skrg nie yerp. Dgn harapan dapat pahala, badan pon lebih sihat. InsyaAllah.

Jom puasa Asyura koram! Setahun sekali aje pon. Takdelah berat sangat ye dop? ^^









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat