Korean Addiction

Lambat hari nie buat posting. Sebok menggodeh carik lagu baru. End up lagu Korea jugak yang aku pilih. Of kos memang tak paham 1 patah words Hangul pun. Tapi iramanya tu yang buat aku rasa best nak dengar berulang kali. Hari tu siap buat request nak lagu Suddenly by Kim Bo Kyung OST kdrama City Hunter. Lagu berhantu tu dengar seharian 10 kali pon tak jemu. Lelebih lagi bila wajah Lee Min Ho menjelma di mata dalam adegan drama. Daebak!

Sekarang pandai la sikit-sikit a few Hangul language yang biasa didengari. Bersungguh nak tau ape maknanya. Senang sikit nak berkomunikasi bila nak tour Pulau Jeju next year. Eyh! ^^

Kak Ya lagi hebat. Siap dah boleh nyanyi lagu Korea hokeyh! Tak habis-habis lagi dengan Kim Jae Jung dia tuh. Pastu perkenal kat Naurah sampai budak tu request kat aku " ibu, nak abang jae jung! ". Erk. Seminatnya aku pada Lee Min Ho, takde pulak sampai nak suruh Naurah minat sama. It just for my own satisfaction. Naurah, sila pilih Minho instead of Jaejung okay! Haha.

Kalau nak ikotkan addiction Kak Ya to Jaejung berkali ganda teruk drp aku. Aku ni cam sedor diri jugaklah sebab dah jadi isteri & ibu kan? Maybe sebab Kak Ya masih single, thats y dia gila melebih. Hahaha. Sanggup tido pukul 4-5 pagi pastu pukul 6 bangun pergi kerja macam zombie. Aku tak sampai ke tahap tu kot. Tido masih lebih penting drp kegilaan itu. Hewheww

Alangkah bagusnya kalau kesanggupan berjaga malam itu dipenuhi dengan solat tahajjud & membaca al Quran kan? + + homai....homaiiiii......insaf plissssss!

By the way, citer Faith kat OneHD akan berakhir minggu depan. 2 more episodes to come. Sedihnya tak dapat tengok wajah itu lagi setiap minggu. Apelah gaknye projek drama dia lepas ni kan? Tertunggu-tunggu nak tengok dia berlakon lagi. Harapnya heroin pon yang sepadan la yer. Jgn bagi heroin yang so-so atau yang berwatak selekeh cam dlm Personal Taste. Tak best taw! Heroin kenalah perfect like the hero. Sama sepadan gitu. Barulah selera kita nak tengok =P




Haa..ape kate kalau Minho digandingkan dgn Hyekyo neh? Kalau korang masih ingat, Hyekyo ni femes dalam kdrama Autumn In My Heart & Full House. Comel ah dia nie. Mesti hebat kalau diorang digandingkan bersama ^^

Harapnya ada lah pengarah kdrama kat Korea yang terfikir akan gandingan ni macam aku hehehe....











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat