Luka Lama & Cranky Naurah

Tak tawulah korang masih ingat ke tak tentang sehari sebelum kita menyambut Syawal yg lepas, jari kelingking aku terlibas dek pisau tajam & berdarah hebat.

Pelik tak kalau aku cakap luka tu masih berasa? Aku tak sure apa masalah luka tu. Maybe bisa pisau kot. Haihh..entahlah. Dekat 3 bulan dah kot lukanya. Tapi kesan luka masih nampak spt baru & agak jelas. Untung dia dah tak terbuka menampakkan isinya. Kalau tak mau trauma aku sampai skrg + +

Luka tu kalau tersentuh dengan benda lain masih terasa ngilunya. Basuh pinggan pun aku masih angkatkan jari tu taknak tersentuh. Fobia takot luka tu terbuka & berdarah semula. Macam tak logik tp aku tetap taknak amek risiko. Ngeri + +

Bila tunjuk kat habi dia pon rasa pelik luka tu masih tak sembuh 100%. Maybe lukanya dalam & perlu dijahit sebenarnya. Ahhh...taknak aku! Takot. Hohoho....

Update ttg kerisauan aku ttg tido Naurah yg tak lena, selama bbrp hari aku berdoa kpd Allah dengan lebih kuat & yakin. Malam tadi aku rasa lega sbb Naurah cuma terbangun sekali & cepat tido semula. Tidonya nampak lebih lena & puas. Terima kasih Allah. Moga apa saja gangguan pd tidonya berjaya disingkirkan selama-lamanya. So x boleh putus berdoa lagi.

Cranky. Yup. Naurah agak moody lately. Ada saja yg tak kena. Macam saja nak buat aku & habi naik angin. Pagi td dah OK dah senyum tgk kartun. Bila on the way ke taska, dia buat perangai nak menangis tak tentu pasal dia tu. Dia dah tak suka pergi ke taska ker? Aku tau dia mcm taknak kesana & nak aku habi duduk rumah aje main dengan dia. Tak puas main kot waktu cuti 2 hari. Aku bajet inilah yg terjadi. Dalam otak dia nak ibu, ayah & wan main dgn dia sepanjang masa.

Aku harap sangat percutian ke Medan nanti akan boost up balik energy dia, ceria semula & behave like an angel as usual. Kita happy-happy sama Atok, Nenek, Cik Ya, Cik Eddy, Cik Anje, Pak Su & Abg Ayan OK!






Popular Posts