Misi Mencari Wardrobe

For parents yang sedang buat bilik utk anak-anak atau yang plan nak buat bolehlah jenguk ke sini utk tengok promosi wallpaper yang menarik. Aihh..geram benar tengoknya. Rasa macam nak buat 1 bilik cute utk Naurah jugak ^^ Maybe boleh jadi projek baru utk 2013 kot. Ada 1 bilik yang sesuai utk buat projek ni. At the moment bilik tu jadi bilik tetamu yg simple aje.



Pagi tadi after solat Subuh sempat aku mengerjakan baju bajan segunung atas katil. Sambil melipat, otak pon ligat berfikir itu ini. Aku rasa now dah sampai pada tahap kena beli wardrobe besar utk muatkan langsir tingkap yang for sure akan bertambah koleksinya dari tahun ke tahun. At the moment dah ada 3 koleksi & itu pon dah banyak makan space. Maklum la langsir kan besar-besar semuanya. Now cuma masuk dalam kotak besar aje utk elak drp terkena habuk. Tak proper lansung. Dah berkotak-kotak dah simpanan langsir, cadar, towel & baju-baju lama kami. Semuanya disusun secara rawak & menyampah je kalau tengok dalam bilik tu .

Bilik kat rumah tu cuma master bedroom aje yang luas sekali dengan bilik air/mandi. 2 bilik lagi kat tingkat atas tu adalah kecil yer. Nak masukkan katil Queen pon dah penuh sebilik. By right aku nak tukar katil kami kpd katil bersaiz King. Tapi sebab takde bilik yg muat nak letak katil skrg, hasrat tu terpaksa aku hold ke suatu masa yang tidak pasti. 2 bilik kecil tu mmg sesuai utk letak katil Single aje. Itu pon kalau masok wardrobe mesti lagi semak nengoknye. Now bilik tetamu tu aje yg ade katil Single. Another room tu jadi macam bilik stor utk pelbagai jenis fabrik.

Utk long term punya plan mmg aku ada imaginasi nak naikkan dinding baru dari tingkat bawah sampai keatas. Hasilnya bilik kecil 2 buah tu nanti akan lebih besar. Plan yang ini pon tak pasti bila dapat laksana. Habi masih tak menunjukkan minat bila perkara ini dibangkitkan. So mak pon simpan jelah niat dalam hati dulu.

Now yang agak mendesak adalah mencari wardrobe utk curtains, bedsheets, towels etc. Gaji bulan ni boleh la carik kat kedai perabot kesukaan kami kedai Perabot Wira Jaya kot namanya hihi. Since kami memang selalu beli perabot kat sana by cash, harga memang boleh demand habis. The boss pon memang dah kenal muka kami. So memang dia bagi harga durian runtuh punya. Hopefully dapat la jumpe wardrobe yang berkenan di hati aku. Aku ni jenis kalau beli perabot nak yang kualiti baik aje sebab fikir utk long term punya pemakaian. Biar alah membeli menang memakai. Pastu suka design yang tak lapuk dek zaman. Pakai puluh tahun pon masih relevant. 

Kalau ikutkan hati, nak aje aku suruh orang pasang wardrobe custom made yang besar-besar tu weyh. Tapi mengingatkan ruang bilik yang kecil tu, aku rasa kena lupakan ajelah niat tu dulu. Maybe boleh buat after buat major renovation macam aku cerita tadi. Bersabar dululah.

*all pics from here

Perabot kt rumah tu mostly memang solid wood punye. Jenis berat nak angkat. Dengan harapan dapat bertahan dengan lebih lama. Aku paling suka perabot kaler coffee/cappuccino. Sebab cat kat rumah adalah warna yang cerah, makanya perabot nampak lg menonjol kalau berwarna gelap. Pastu memikirkan ada anak yg kecil mesti suka menyonteng. So taknak ambil risiko amek perabot kaler cerah takot nampak sangat kecacatannya nanti kalau anak buat onar. Haha.

OK. Misi weekend ini adalah cari wardrobe besar & simpan elok-elok segala khazanah fabrik kat rumah. Itu pon kalau gaji dah masuk yerp =P Kalau hasilnya memuaskan, boleh la share kat sini gambar barang sekeping dua ^^





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat