Ngorat


Heee...gambo nie macam habi tengah ayat aku je kan? ^^ hewhewww...

Masa kat Lake Toba, rasa macam tak percaya aku dah sampai tasik yang femes neh. Dapat tengok keindahannya sendiri di depan mata. It felt like a dream. Syukur atas rezeki yang Allah berikan pada kami. Walau kerja tak hebat mana, masih mampu jalan-jalan oversea dengan ahli keluarga. Thank god ada Air Asia. Kalau nak harapkan MAS, memang tak tercapai kot semua impian neh. Kurang mampu jadinya.

Dah macam addicted taw nak jalan tengok negara orang neh. Setiap negara pun adalah berlainan suasananya. Seronok tengok life orang kat tempat lain. Dalam masa yg sama dapat memupuk rasa keinsafan dalam diri. Aku jalan ke negara orang bukan balik dengan hati & minda yg kosong. Sambil berjalan, kita dapat muhasabah diri sendiri dalam banyak perkara.


Bila tengok pemandangan yang cantik, rasa teruja sangat dalam hati sambil memuji kebesaran & kehebatan Allah SWT. Nikmat yang manakah mahu kita dustakan?

Kesusahan rakyat di Medan membuka mata aku. Ada 1 kejadian yang buat aku terasa sebak hingga bergenang airmata. Aku pon tak sangka boleh dapat feeling yg macam tu kat sana. Its totally different keadaan yg kita nampak di kaca tv dengan melihatnya sendiri di depan mata. Aku tahu secara amnya rakyat Indonesia agak sukar kehidupannya. Dengan melihatnya di depan mata, kita terasa betapa bersyukurnya dilahirkan di Malaysia. Ianya sehingga begitu sekali.

Ada diantara mereka yg hidupnya kais pagi makan pagi & petang mkn petang. Di tahun 2012 ini masih ada yg susah begitu. Is that really happening? Yes it is.

Di entry yg lain aku akan bercerita ttg kejadian yg buat aku sebak ketika disana. InsyaAllah.





Popular Posts