Put On Weight & Sembelit

Lately aku rasa Naurah makin put on weight lah. Walaupun masalah sembelit dia tak solve sepenuhnya lagi, tapi selera makan dia memang tahap terbaek lah. Lega hati aku tak rasa risau sangat macam tu. Memang aku dah tak larat nak mendukung dia. Paling lama 5 minit jer kot. Lebih drp tu tangan ni dah takde daya. Memang terpaksa pass kat habi soh sambung. Seb baek Naurah dah makin OK & nak dengan habi tak clinging kat aku aje. Aku cakap je terus terang dengan dia yang aku dah tak larat nak dukung dia. So dia pun faham & tak kisah if habi sambung dukung. 

Terima kasih kerana memahami ketakupayaan ibu yer Naurah. Ibu appreciate it so much. Ibu nie membawak diri sendiri aje pon dah berat. Apetah lagi nak tambah dengan berat awak lagi 12kg. Patah tulang tangan & bengkok pinggang ibu dibuatnya nanti @__@

Pagi-pagi selalunya sarapan budak tu Nasi Lemak with Telur & Ayam Goreng. Boleh kata itu jelah menu dia hari-hari. Masih tak muak lagi dia. So layankan ajelah yerp. And then petang selalunya MIL belikan dia Nasi Kosong with Sup Ayam. Dinner kadang dia dah kenyang & sometimes makan jugak apa yg aku masak. Tengok selera dia lah. Nampak makin bulat dah muka budak tu. Berisi.

Aku & habi tengah plan nk tukar susu budak tu from Sustage ke Dutch Lady. Sebab aku rasa penyebab utama dia sembelit adalah susu chocolate yg dia selalu minum tu. Eventho Doc Khairul tak suggest pon tukar susu, tapi kalau dah itu penyebabnya, kenapa tak try tukar kan? So skrg tgh nak habiskan lagi 2 kotak Sustagen & after that nak try dgn DL. Harap sangat jumpa penyelesaian masalah sembelit dia tuh. Kesian woh tengok dia membuang sampai terjingkit kaki. Aku spt dapat merasakan kesakitannya juga +___+






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat